Disebabkan terlampaulah banyak benda nak fikir, aku terlupa tentang hal tu dan hari ni tetiba aje jadi teringat kembali. So, aku cepat-cepat pergi kedai majalah dan belek-belek semua majalah karangkraf sampai kakak jurujual tu pandang-pandang aku .
Belek punya belek jumpa jugak kat dalam majalah SERI DEWI & KELUARGA dan aku terus saja beli..hahahah..... Lepas tu aku ketawa sendiri. Nak tahu kenapa? Sebab aku tak pernah beli majalah ni. Selalu tu kalau beli majalah, aku suka beli Mingguan Wanita.
Menatap novel sendiri dalam bentuk yang berbeza, ada pelbagai rasa berbaur di hati. Tiba-tiba saja malah tersebut menjadi begitu bernilai di mata aku..hehehe..Tengoklah gambar yang aku tempekkan kat bawah ni.
Ini keluaran February 2010(siri 2) dan aku suka sangat dengan gambarnya. Nampak macam kena dengan ceritanya.
Buat semua yang bertanggungjawab dalam promosi ini, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan terutamanya pihak Alaf dan juga Karangkraf. Terima kasih sekali lagi...
No comments:
Post a Comment