Fish

FOLLOWERS

NOTA TANGAN

Pada sesapa yang nak tahu perkembangan terkini CDH atau novel2 saya, silalah ke group Coretan Rasa Hani Fazuha di FB yer.. kat sini akan ditampal lambat sikit....

#################################

CDH - Bab 14

Fatia buntu. Dia tidak dapat menyiapkan cerita tentang lelaki bernama Hareez itu kerana ada beberapa maklumat yang dia lupa untuk bertanya. Ni semua lelaki tu punya pasal, bila ditanya, jawapannya jauh melencong lebih-lebih kalau berkaitan hal peribadi.

Oleh kerana Yanie masih bercuti kerana makciknya sakit tenat, Puan Mariam meminta dia menyelesaikan tugasan tersebut.

"Yanie mungkin cuti beberapa hari lagi. Saya nak awak tolong selesaikan cerita tentang si handsome Hareez tu." lebar senyuman Puan Mariam saat menyebut perkataan handsome itu.

Handsome? Yerk! terasa loya tekak Fatia mendengarnya. Nasib baik dia tak termuntah depan-depan Puan Mariam. Handsome ke? Entah! Dia tak sempat nak pandang lama-lama sebab dah terkantoi awal-awal. Lagi pun, dia memang bengang dengan mamat sengal tu.

Dengan malas Fatia membuka e-mail kiriman Mazlan yang mengandungi lampiran gambar-gambar ketika sesi fotografi lelaki tersebut kelmarin. Tak banyak sebab lelaki yang 'perasan bagus' itu dah siang siang warning jangan shoot gambar dia banyak-banyak.
'Kalau gambar berdua dengan wartawan yang muka garang macam beruang kena penyakit sawan ni, saya sanggup. Seratus kali shoot pun boleh.'

Itulah ayat Hareez ketika sesi fotografi yang membuatkan Fatia rasa seperti nak pijak muka orang. Bicaranya yang beriring sengihan di bibir itu langsung tak kelakar di telinga Fatia tetapi disambut gelak tawa oleh team Mazlan. Geramnya! Ada ke muka cantik manis macam ni dikatakan seperti beruang terkena sawan?

Fatia print gambar-gambar tersebut, nak tengok dan telek sejauh mana handsomenya. Tenung dekat skrin komputer rasa macam berpinar biji mata.

Satu-persatu gambar tersebut diteliti. Lama matanya tertancap pada gambar yang diambil secara dekat, dari pinggang ke atas. Ya! Handsome, Fatia terpaksa akui. Rasanya, orang rabun pun akan kata dia handsome. Tak payah nak teliti tempat lain, senyumnya saja boleh buat degup jantung berubah rentak. Tapi, itu tidak bermaksud hatinya jatuh suka. Lelaki gatal gaya kasanova begitu minta dijauhkan dari frekuensi getaran hatinya.

Gambar-gambar tersebut diletak ke atas meja. Baik siapkan ceritanya cepat-cepat sebelum Puan Mariam mengaum. Kalau mulutnya dah berbunyi, takut pula bernanah anak telinga. Enam bulan kerja di sini, Fatia sudah cukup masak dengan perangai ketuanya itu.

Sambil mengetuk-ngetuk permukaan meja, Fatia mencongak di kepala. Kalau dia main tulis saja, takut buta-buta kena marah. Setakat kena marah takpe lagi, kalau terus kena saman siapa yang susah?

Timbang dan tolak, campur dan bahagi, akhirnya Fatia angkat juga ganggang telefon. Kalau bukan dia, nak suruh siapa yang menelefon? Takkan nak minta Puan Mariam kot, tak logik sungguh. Kecualilah kalau Puan Mariam tu kekasih hati lelaki tersebut. Isk! lagi tak logik.

Dua kali deringan, panggilan dijawab oleh receiptionest kemudian ia disambung apabila Fatia menyebut nama lelaki tersebut. Rasa debarnya tiba-tiba mencanak sementara menunggu talian disambut. Pertama kali dia merasa ngeri untuk bercakap dengan seseorang di telefon.

Suara perempuan yang menyambut melegakan hati Fatia. Pasti setiusahanya yang bernama Tania itu. Kemudian, talian disambung lagi setelah detailnya diambil.

"Hareez speaking."

"Eerrrkkk..." Fatia terus jadi gagap tatkala mendengar suara lelaki tersebut.

"Assalamualaikum Encik Hareez, Saya...."

"Waalaikumussalammmmm....." Hareez terus memintas, meleret dan panjang seolah menyambut salam seorang sahabat yang sudah lama tidak ditemui.

"Ya sayang, ada apa-apa yang boeh saya bantu?"

"Encik! Berapa kali saya nak ulang jangan panggil saya begitu!!" Fatia terus terjerit. Rasa geram melencong kawalan suaranya.

"Panggil begitu??" Hareez tergelak dihujung talian. Hari ini dia sangat sibuk tetapi tatkala mendengar suara gemersik wartawan yang tak pandai nak senyum itu, mood mengusiknya tiba-tiba saja datang.

"Begitu tu apa?" soal Hareez, saja main-main. Dapat dibayangkan wajah masam kelat wanita di hujung talian sana.

"Sayang!"

"Ouh! Saya memang dah tahu awak sayang saya." Hareez gelak lagi.

"Uwek! Kenapa saya tiba-tiba rasa loya ni?" Fatia membalas. Sopannya langsung sudah hilang entah ke mana.

"Aik! Saya belum 'sentuh' awak lagi tau. Macamana awak dah loya-loya ni?" balas Hareez pula dengan menekankan perkataan sentuh.

"Eeee.... Geramnya akuuuuu.... Ya Allah! Kenapalah ada manusia yang sengal macam dia ni." Fatia tepuk-tepuk dahi sendiri. Kalaulah lelaki tu ada depan dia waktu ni, memang ada la yang kena hempuk kepala dengan ganggang telefon.

"Alaaa.. Sengal-sengal saya pun awak suka juga kan?"

"Eh! Tolong sikit yer. Kalau..."

"Cakap jer la terus terang yang awak tu suka saya." Hareez gelak-gelak lagi. Entah kenapa dia suka benar dengan reaksi wartawan tersebut, spontan dan langsung tak ada kontrol-kontrol. Kalau perempuan lain, tentu sekali sudah lemah gemalai kontrol ayu bila bercakap dengannya.

Fatia sedut nafas dalam-dalam. Bersama itu, dia tarik sebanyak mungkin kesabaran untuk dikumpul di ruang hati.

“Encik! Boleh tak kalau kita pergi ke soalan pertama?” dia memesong arah bicara ke arah persoalan pokok tujuan dia menelefon lelaki itu.

“Encik ni dah berkeluarga ke belum yer?” terus saja dia bertanyakan soalan tanpa menunggu orang disebelah sana bersuara.

“Kalau saya kata belum, awak nak tak kahwin dengan saya, jadi ‘keluarga’ saya?” Hareez seperti membuat tawaran dalam jawapannya.

Hah! Buntang mata Fatia mendengar tawaran tersebut. Mudahnya.... macam sesi tawar menawar di pasar borong. Apa dia ingat aku ni ikan kembung yang boleh dibeli kilo ke? Eee.. geram sungguh! Orang tanya betul-betul, dia main-main pulak.

“Terima kasih jer la Encik, saya belum ‘gatal’ lagi nak kahwin dengan encik,” balas Fatia dengan menekankan perkataan gatal. Apa dia ingat semua perempuan gatal dan miang bila diayat begitu?

“Oh! Tunggu gatal dulu baru boleh kahwin yer? Nantilah, saya hantar sayur keladi suruh awak makan. Lepas tu bila awak rasa gatal, tentu awak nak kahwin dengan saya kan?” Hareez terus tergelak di hujung talian. Gelak yang betul-betul buat dia rasa hilang semua stress. Rupanya, dia masih mampu untuk ketawa dan tersenyum gembira.

Geram! Fatia terus tamatkan talian. Dia bimbang jika menunggu lebih lama akan ada ayat-ayat orang meroyan keluar dari bibirnya. Takut pula jika dianggap kurang siuman.

Arrrghhhh!!!... Tanpa sedar, bibirnya menjerit kecil. Nasib baiklah rakan-rakan pejabat yang duduk berdekatan semuanya telah keluar menyelesaikan tugasan masing-masing. Tensionya dengan mamat sengal sorang ni hanya TUHAN saja yang tahu.

Geram yang sukar untuk surut, gambar Hareez yang terdampar didepannya di tarik. Marker pen warna hitam dicapai dan jemarinya terus bergerak-gerak menconteng wajah yang sedang tersenyum itu.

Mula-mula, dagunya menjadi sasaran. Janggut seperti kambing jantan dilukis di situ. Kemudian bergerak pula ke bahagian atas bibir. Misai Datok K dilukis pula di situ.
Selesai misai, tangannya bergerak pula ke kepala untuk melukis kopiah seperti yang dipakai oleh atok Upin dan Ipin. Belum sempat menjadi kopiah, gambar tersebut ditarik oleh seseorang.

Melihatkan puan Mariam yang berdiri di depan meja bersama gambar yang dia conteng itu berada di tangannya, wajah Fatia terlopong dan badannya terus tegak mematung.

"Ni bukan ke gambar Hareez? Apa yang awak buat ni Fatia?"

"Eerrkk... Tu gambar yang rosak Puan. Saja saya conteng-conteng sambil cari ayat yang sesuai nak buat cerita." Spontan idea Fatia datang memberi alasan. Bohong sunat!
Puan mariam mengeleng kepala dan kemudiannya dia tersenyum lucu sambil menatap gambar tersebut.

"Kalau tuan dia tahu gambarnya diconteng begini, mahunya dia potong tangan awak Fatia."

"Eerrr.. Kalau puan tak cakap, tentu dia tak tahukan? Tak mungkin saya begitu bodoh nak pergi cakap kat dia." Fatia sengih sambil kelipkan mata pada bosnya.

Puan Mariam mengeleng lagi. Setiap kali berbicara dengan Fatia, dia sering ingin tergelak. Fatia punya sesuatu yang tak ada pada staffnya yang lain. Sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya. Yang pasti, apa yang Fatia buat tidak pernah tidak betul di matanya, tidak pernah dia tidak bersetuju dengan apa saja yang dikatakan Fatia.

Walau masih baru dan langsung tak ada pegalaman dalam bidang kewartawanan, Fatia cepat belajar. Dia bijak dalam segala hal. Dia tahu bawa diri. Jadi, tidak hairan dalam masa yang singkat dia sudah menjadi kesayangan ramai.

"Saya tadi nak minta awak siapkan cerita tentang Hareez ni cepat sikit sebab nak dimuatkan dalam keluaran bulan depan."

"Baik puan. Saya cuba siapkan seperti yang puan mahu.” Janji Fatia.
Puan Mariam terus angguk kepala dan berlalu pergi. Sehingga bayang ketuanya itu hilang di sebalik partition, Fatia masih mematungkan diri di situ. Bagaimana nak siap kalau orang yang menjadi bahan dalam cerita tersebut macam ada masalah mental? Silap haribulan nanti, orang tu tak apa-apa, dia pula yang masuk hospital sakit jiwa.

6 comments:

mizan said...

mmmm....nak lagi hani...hehehe

idA said...

E3 yg membuat akak tergelak sorang sorang..tak sangka pulak yg Hareez org nya suka menyakat..teruja nak tahu ..apa ek episod yg akan terjadi bila mrk berjumpa lagi

Eppy Safri said...

Hareez dh mula melupakan lia, suker Hareez ngan tia..
tp tia ni cam liat sikit...
tp hareez chaiyok2 tackle si tia tu...
nk lagiii, bg panjang sikitttt :)

lieyna said...

hahaha...pening tia dgn hareez baru nie,,,hahahahahmengusik j kerje ye

ketikketok said...

Jika anda telah disahkan mempunyai fibroid,cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.

Nur_Wa said...

hahaha...
tergelak besar dpn lappy bace
misai datuk k??
hahaha
kopiah atuk upin ipin?
hahaha
makan sayur keladi, dah gatal baru rase nak kawen..
hahaha lawak sungguh
ngan statement tu
entry yg paling lawak n sweet dr kak hani
best2!!
confirm sy beli novel ni bile kua nanti
suke ngan tia
so funny
hareez lak galak mengusik tia
hareez bleh mnjadi periang n lupekan ksedihan bila die dgn tia