Jiwa kacau mendorong Fatia memandu tanpa arah tujuan setelah habis waktu kerja. Sedar-sedar dia sudah berada di Bukit Antarabangsa, depan rumah kakak angkat merangkap isteri kepada abang saudaranya.
Lama juga Fatia termenung di depan rumah agam milik lawyer terkenal itu sebelum mengambil keputusan menghubungi kakak angkatnya.
"Mari masuk Tia, berani betul drive sorang-sorang malam macam ni. Kalau abang kamu tahu mesti dia bising.” Suara Tasya, kakak angkatnya itu menjemput masuk sebaik pintu pagar terbuka secara automatik.
Wanita yang sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri itu masih cantik menawan walau sudah punya dua orang anak. Dia mula mengenali Tasya ketika wanita itu bekerja di Johor Bharu. Waktu itu, dia tak pernah tahu bahawa wanita cantik dan lemah lembut itu merupakan isteri yang 'dibuang' oleh suaminya.
Tatkala mereka suami isteri berbaik kembali, Fatia sangat terkejut kerana Zahim Iskandar itu adalah orang yang dia kenal dan punya pertalian saudara dengan papanya.
“Abang Im mana kak?”
“Kat atas, tengah tidurkan Qistina.”
“Tidurkan Qistina?”
“Ha’ah”
Fatia seperti tidak percaya. Siapa sangka lelaki mancho berkerjaya hebat seperti Zahim Iskandar itu menidurkan anak kecil ketika berada di rumah. Sweet kan!
“Bertuahnya akak.”
“Apa yang bertuahnya?”
“Yer la.. jarang ada lelaki yang nak menolong isteri tidurkan anak macam tu.”
“Dah terbiasa begitu Tia. Masa Qaisara baby dulu pun sama, semua benda dia nak uruskan. Anak nangis malam, dia yang bangkit buatkan susu.” Penjelasan Tasya itu makin membuatkan Fatia kagum dengan Zahim Iskandar. Alangkah bagusnya kalau dia punya suami seperti itu. Tapi... entahlah! Dia seperti mengharap sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi. Ada suami tapi seperti orang bujang. Nak kata bujang, status pula berkahwin. Ah! Penat nak fikir.
“Qaisara mana kak?” Fatia bersoal lagi ketika langkah kakinya mengekor Tasya ke ruang tamu.
“Biasalah anak dara sorang tu, kalau dah mengadap IPad, apa pun dia tak peduli lagi. Bom meletup kat belakang pun rasanya dia takkan sedar.”
Fatia tergelak mendengar omelan Tasya tentang anak daranya itu. Qaisara, anak pertama mereka itu kini sudah berusia lima tahun manakala Qistina pula dua tahun.
“Tia duduk dulu, akak buatkan air.”
“Tak payah susah susah kak. Kalau Tia nak nanti Tia buat sendiri.” Fatia tarik tangan Tasya sebelum sempat kakaknya itu melangkah ke dapur. Dia memang sudah biasa datang ke sini, sudah macam rumah sendiri. Ketika dia belajar dulu, selalu juga dia bercuti hujung minggu di sini. Lepas pulang ke Johor, dia tidak bekesempatan lagi untuk datang sehinggalah dia jadi pelarian dan tinggal menumpang di sini buat sementara waktu sebelum berpindah ke rumah sewa.
Dia suka dengan decoration rumah agam ini yang direka sendiri oleh Tasya. Di mana saja dia duduk di rumah ini, hati jadi tenang, sejuk mata memandang.
“Hah! Tia. Bila sampai?” tiba-tiba kedengaran suara seseorang menyapa. Kelihata Zahim Iskandar melangkah menuruni anak tangga dari tingkat atas. Segak! Itulah yang terdetik di hati Fatia tentang lelaki yang bernama Zahim Iskandar itu. Walaupun badan disalut baju tidur, kekacakannya tidak langsung nampak berkurang, sejak dulu hinggalah sekarang, tidak pernah berubah. Memang sesuailah dengan kakaknya yang cantik dan lemah lembut itu.
“Baru lagi.”
“Drive ke naik flight?” Soal Zahim lagi sambil melabuhkan punggung rapat di sebelah isterinya.
Fatia pandang Tasya dan kelihatan kakaknya itu sedang sembunyi senyum. Kalau terus terang pasti kena bebel. Zahim memang pantang kalau dengar dia drive jauh sendirian di waktu malam begini.
“Kalau Tia jawab soalan abang tu, abang jangan marah yer.” Fatia menyengih.
“Eh! Budak ni, main syarat-syarat pulak.” Zahim membulatkan matanya. Tahu sangat dia akan helah Fatia. Wajah isterinya direnung, sudah dapat membaca komplot mereka berdua yang tidak mahu mendengar bebelannya. Kata Tanya, dia sekarang ni kuat membebel.
“Bang! Tahulah isteri abang tu cantik tapi janganlah renung-renung macam tu depan Tia. Awal lagi ni, baru pukul sepuluh.” Fatia mengusik, cuba mengalihkan topik perbualan. Kalau isu ni dipanjangkan, mahunya sampai esok tak habis kena bebel.
“Biasa la, malam jumaat. Kamu tu, kacau jer abang nak peluk-peluk dengan kakak kamu.” Selamba Zahim menjawab memecah tawa Fatia.
“Isk! Abang ni, cakap tak berlapik.” Tasya tolak bahu suaminya.
Zahim senyum. Mukanya tetap selamba. Biasalah, Zahim dengan wajah selambanya mana boleh berpisah.
“Akak baru tahu ke suami kesayangan akak tu memang suka cakap tak berlapik,” kutuk Fatia.
“Hah! Yer la sangat tu. Kakak kamu mana ada sayang abang. Abang jer yang lebih-lebih sayang dia.” Zahim jeling isterinya, sengaja ingin mengusik.
“Aik! Statement. macam nak cari point buka kes kat mahkamah jer.” Tasya sudah berpusing mengadap suaminya.
“Tak betul ke apa yang abang cakap tu?” Zahim turut berpusing mengadap isterinya. Seketika mereka seakan lupa ada orang lain yang sedang menyaksikan tingkah mereka. Wajah Tasya ditatap penuh kasih. Tak pernah jemu! Itu yang dia rasa tatkala menatap seraut wajah cantik milik isterinya itu. Lebih sepuluh tahun mereka bergelar suami isteri dan tujuh tahun hidup bersama dalam erti kata sebenar, matanya tidak pernah jemu dan ingin sentiasa menatap wajah itu.
“Tang mana yang abang rasa Tasya tak sayang abang? Cuba bagi sepuluh point.” Tasya bersuara apabila merasakan pandangan suaminya sudah menjadi lain macam.
“Okey, Tia dengar yer, nanti boleh jadi saksi kalau sebut kes kat mahkamah,” ujar Zahim
“Eeee…” Tasya mencebik.
“Pertama… sayang pernah tak call abang tanya dah makan ke belum atau ucap kata rindu?” luah Zahim berbentuk soalan.
Tasya terdiam. Tembakkan Zahim tepat mengena sasaran. Dia tidak pernah tahu hal sekecil itu boleh dijadikan isu oleh suaminya.
“Tak pernah kan? Selalu pun, abang yang call sayang tanya itu ini. Kalau dulu boleh la bagi alasan nak jimat kredit tapi dah daftar line guna family plan pun tak call juga. Walhal kalau call tu free aje, Maxis takde nak charge apa-apa pun.” Zahim menyambung kata. Jemari Tasya dicapai dan digenggam erat.
“Apa ni, pasal call pun nak dijadikan isu, panjang lebar pulak tu.” Tasya tidak berpuas hati apabila berterusan ditembak begitu untuk hal yang sekecil itu. Jemarinya yang digenggaman Zahim cuba ditarik tetapi tidak dilepaskan.
“Kedua… Pernah tak sayang cakap I love you kat abang?”
“Eh! Tasya selalu cakap I love you too kat abang kan.”
“Itu tak aci, sebab sayang balas balik apa yang abang cakap. Terpaksa namanya tu.”
“Mana ada terpaksaaaa…” Tasya hampir kalah untuk berhujah. Bercakap dengan lawyer mana nak pernah menang.
“Okey! Ketiga?” Fatia tiba-tiba menyampuk. Pasangan romantik ni macam dah lupa pula yang dia masih ada duduk tercongok kat situ.
Tasya menoleh pandang. Rasa malu pula pada Fatia. Dia kalau duduk berdepan dengan Zahim dan berbalas cakap begini memang boleh lupa alam sekeliling. Begitulah kuatnya kuasa Zahim terhadap jiwa dan perasaannya.
“Pernah tak sayang mulakan dulu?”
“Mulakan apa?” Tasya kurang faham dengan soalan suaminya.
Zahim mendekatkan wajahnya ke wajah Tasya sehingga isterinya terpaksa menggerakkan kepalanya ke belakang untuk mengelak.
“Kemesraan..” bisik Zahim penuh romantik.
“Eh, Stop! Stop! Tolong jangan buat gitu-gitu depan Tia. Tia ni masih dara lagi tau.” Sergahan Fatia telah menghentikan niat Zahim untuk mencium bibir isterinya. Selalunya kalau duduk dekat begitu, tidak sah kalau bibir seksi itu tidak menjadi mangsanya.
Zahim kerut kening. Dengan perlahan menoleh ke wajah Fatia yang tersenyap kerana keterlanjuran kata-katanya. Serba salah wajah Fatia dipandang Zahim dengan syak wasangka yang datang menjengah.
Zahim tahu Fatia tinggal berjauhan dengan suaminya. Seorang di Johor dan seorang lagi di Kuala Lumpur tetapi dia tidak pasti apakah bentuk hubungan mereka. Janganlah hendaknya suami Fatia itu menjadi bodoh seperti dirinya suatu ketika dulu, menolak isteri yang dikahwini hanya kerana menangkan ego sendiri. Sudahnya, menyesal tak sudah. Nasib baik TUHAN masih memberi peluang kepadanya untuk mengecap nikmat bahagia walaupun harga yang sangat mahal harus dibayar untuk kesilapan tersebut.
“Jangan ulang sejarah yang dah abang buat dulu Tia. Menyesal tak sudah nanti.” ucap Zahim penuh makna tersirat.
“Abang dulu tu lain, ego tak bertempat. Isteri cantik macam kat Tasya ni pun tolak mentah-mentah.” balas Tia, cuba melarikan perhatian Zahim dari cerita 'sulit'nya.
“Eh! Jangan buka cerita lama, nanti kakak kamu suruh abang tidur bawah kan. Dah la malam ni malam jumaat.”
“Abang ni, itu aje yang dia ingat.” Tasya sudah menjeling geram manakala Zahim menayang sengih dan Fatia pula sudah ketawa kuat. Bahagia sungguh melihat mereka berdua. Tapi dia, hanya mampu memendang rasa dan semua orang tidak tahu bahawa rasa yang dipendam itu sangat menyakitkan sehingga dia rasa hampir ingin menyerah kalah.
13 comments:
:D
err... tie dah kawin kak??? melepaslah hareez.... cmne ni?
wah...lg2 smbungn nyer,,,best gler ar...huhuhu
ZI..buah hati ALIDA JUSOH pon ada.....besttt2..semakin menariklaa x saba nak tau:)
Haniiiiiiiiii.....erk..dah kawin? tp x per masih dara kan?...ok la tu Hareez pun duda..hope akan jumper penamat yang meletop gitu...:D
Aimieeee!!!... tak nak komen byk2... nnti xsuspen... yg pati sejarah brulang kembali....
Hajar. Sorry terlupa nak tag awk...hehehe....
Sabar yr hajar... ni psoting lompat2..... nak tahu cter sbnar.. kena tunggu siap dulu..
Sesapa yg xde nama yg bagi komen tu...terima kasih krn folow
Haniiiiii...hahahah...hope sejarah yang manis taw..:)
Haniiiiii...hahahah...hope sejarah yang manis taw..:)
novel kak hani kali ni suspen giler..Macam tengok sinetron pulak..hehe..apapun kak hani memang terbaik..
Hani citer tentang dya dan zarif tak de ke?sya teringin nak tahu apa kesudahan mereka...
kak hani bila cdh nk kuar ? seyesly xsabaq .. huhu .. cdh hasil combined hkc n mb ke kak ?
Post a Comment