Fish

FOLLOWERS

CDH - Sempoi....

Hareez baru saja berniat membawa Antasya keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar rumah, tiba-tiba saja wajah Nana muncul di depan pintu pagar. Spontan keluhan kecil keluar dari bibir Hareez. Tak habis-habis! Tahu aje dia datang waktu petang-petang begini. Pasti mencari Zhafran yang sememangnya singgah ke sini untuk menjemput Antasya.

“Sayang masuk dalam pergi dekat nenek yer, Papa Reez nak cakap dengan Auntie Nana kejap.” Terus saja dia memimpin anak kecil itu masuk semula ke dalam rumah. Entah bagaimana dia tidak tahu, Antasya sendiri yang menggelarkannya dengan nama Papa Reez. Mula-mula tu, Zhafran seperti tidak setuju dan melarang tetapi anak itu tetap degil. Lama kelamaan, ianya sudah menjadi kebiasaan.

Sebaik anak itu berlari mencari neneknya ke dalam rumah, Hareez cepat-cepat melangkah keluar. Dia perlu menjalankan misinya secepat mungkin sebelum Nana makin menghuru harakan keadaan.

Sambil berpeluk tubuh, dia menghadang langkah Nana. Kiri dan kanan dia bergerak agar Nana tidak terus melangkah masuk ke dalam rumah.

“Apa ni? Hadang-hadang orang, tepilah!” Nana mula berang. Sejak dulu, dia memang tidak pernah sebulu dengan Hareez. Sejak di zaman sekolah dulu, sebelum keluarganya berpindah ke London, dia memang sudah bermusuh dengan Hareez. Sebabnya, Hareez kata dia perempuan gedik.

“Buat apa datang sini?” Soal Hareez lagak polis sedang dalam sesi soal siasat kes jenayah.

“Kenapa? Tak boleh?” Nana menyoal balik bersama jelingan tajam.

Amboi! Berlagak pulak. Dah la datang rumah orang tak berjemput. Halau balik baru tahu. Hati Hareez mengerutu sendiri.

“Nak jumpa Zhafran?”

“Habis tu, takkan nak jumpa you kot. Tak sesuwaiii....” Bersama cebikan di bibir, Nana julingkan mata ke atas tanda menyampah.

Hareez tersenyum lucu mendengar ayat Nana. Macamlah dia tu sesuwai sangat dengan Zhafran. Tolong sikit!

“Jom pergi dekat sana kejap, abang nak cakap sikit.” Tanpa amaran Hareez terus tarik lengan baju Nana agar mengekorinya menuju ke arah rumah kecil yang dikhaskan untuk minum-minum keluarga di sudut hujung sebelah kiri laman rumah tersebut.

“Eh! apa tarik-tarik orang ni. Isk! Eeee...” Nana sentap tangannya dari tarikan Hareez. Pandangannya tajam menikam wajah lelaki itu. Entah tersampuk hantu apa tiba-tiba bahasakan diri dia abang. Hari tu cakap bukan main lagi tak suka dipanggil begitu. Sakit hati betul!

“Nak jalan sendiri ke atau nak abang paksa.” Hareez mula mengugut.

“Eee… tak suka tau!” Nana membentak sambil menghentak kaki melangkah laju mendahului Hareez menuju ke arah yang ditunjukkan lelaki itu.

Melihat reaksi Nana, bibir Hareez spontan tersenyum. Teringat diawal perkenalannya dengan Lya dulu, cara beginilah yang dia gunakan untuk memaksa Lya mengikut katanya. Tapi, reaksi Lya agak berbeza. Mungkin Lya lagi ganas kot, siap tendang-tendang pintu kereta lagi tapi dalam brutalnya itu, dia tetap nampak comel jika nak dibandingkan dengan Nana yang nampak sangat buruk di matanya. Ah! Kalau dah suka tu, semuanya nampak cantik.

Hareez mengekori Nana dan melabuhkan punggung berdepan dengannya. Melihat Nana seperti dia melihat buah peria, nampak cantik rupa dan bentuknya tapi nak makan, rasa tak tertelan dek tekak kerana pahit yang amat sangat. Dengan pakaian sendat dan pendek macam tak cukup kapas untuk dibuat benang, sungguh menyakitkan matanya bila memandang. Dengan make-up yang tebal berinci-inci dan warna warni macam warna pelangi, terasa berpinar mata melihatnya. Berbeza sekali dengan Lya yang memang cantik semulajadi, tak perlu nak tampal foundation bagai, mukanya sentiasa kelihatan berseri-seri, sejuk mata memandang.

“Nak cakap apa ni?” sergah Nana apabila melihat Hareez begitu ralit memerhatikan dirinya. Dia betul-betul hairan melihat sikap Hareez hari ini. Tidak seperti selalunya yang asyik menyindir dan marah-marah bila melihat dia bertandang ke situ.

Sejak dulu dia memang tidak sukakan Hareez kerana lelaki itu sentiasa kasar bila berbicara, tidak sama seperti Zhafran yang sangat lembut dan romantik. Sejak di zaman sekolah sebelum keluarganya berpindah ke London, dia sudah tidak suka dengan Hareez kerana lelaki itu pernah mengatanya perempuan gedik.

“Nana dah tahu kan Zhaf tu dah ada isteri dan anak?” Hareez cuba berlembut. Hari ini dalam sejarah dia bercakap selembut begitu dengan sepupunya itu. Selalunya memang sangatlah sarkastik.

“Tahuuu…” panjang meleret jawapan Nana.

“Dah tu, kenapa masih nakkan dia?”

“Apa salahnya? Lelaki kan boleh kahwin lebih dari satu.” Mudah saja jawapannya seolah mengambil suami orang itu adalah satu kebiasaan yang sering dilakukan.

Hareez ngeleng kepala. Entah kenapa, sejak dulu dia memang tidak pernah suka dengan Nana. Sebenarnya, bukan tidak suka dengan orangnya tetapi tidak suka dengan perangai gediknya. Walaupun dia pernah digelar player terkenal di zaman belajar dulu, dia memang tak layan perempuan gedik tak tahu malu macam Nana.

Kerana itu, dia tidak tahu bagaimana caranya untuk mengubah rasa tidak suka
itu menjadi suka dan menunaikan janjinya pada Zhafran untuk mengambil Nana sebagai isterinya agar hubungan Lya dan Zhafran tidak terus diganggu gugat. Dia jadi tidak tahu dari mana harus dimulakan dan bagaimana untuk menyusun ayat.

“Kahwin dengan abang, mahu?” soalan tanpa perasaan itu keluar jua dari bibirnya.

Nana terus terlopong. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Salah dengarkah dia atau Hareez sudah tersalah cakap? Tak mungkin Hareez mengajaknya berkahwin kerana dia tahu lelaki itu tidak pernah sukakan dirinya.

"Abang cakap apa tadi?" Nana inginkan kepastian.

"Abang ajak Nana kahwin dengan abang, nak tak?" Hareez ulang balik tawarannya. Entah kenapa, tonasinya kedengaran begitu janggal di telinga sendiri. Betul ke dia tengah ajak Nana kahwin ni? Dengar macam nak ajak pergi main bowling kat shopping komplex aje.

Kening Nana kelihatan berkerut seribu, tak percaya dan curiga datang menerjah hatinya. Waktu sekolah dulu, Hareez memang popular dan dia salah satu wanita yang pernah tergilakan sepupunya itu. Tapi, Hareez tidak pernah melayannya malah selalu sarkastik bila bercakap dengannya. Tentu sekarang ni Hareez sengaja ingin mempermainkannya sebab dari dulu dia memang tahu Hareez ini memang pakar dalam mempermainkan hati wanita.

“Tak naklah!" itu jawapan yang paling selamat. Jika benar Hareez serius, tentu sekali ada ada sesi pujuk rayu. Sebenarnya, jauh di sudut hati dia memang masih sukakan Hareez. Namun, dia harus melupakan semuanya kerana Hareez tidak pernah melayannya walau hanya untuk dipandang sebelah mata.

“Kenapa? Abang ni lagi handsome dari Zhafran tau.” Hareez senyum, seolah penolakan Nana itu langsung tidak memberi kesan padanya. Yalah! Dia melamar pun bukan dengan hati dan perasaan, Cuma guna mulut dan suara saja.

“Tau! Tapi abang tu selalu kasar, tak romantik macam Zhaf.” Nana cuba berterus terang. Kenyataannya memang Hareez lagi kacak dari Zhafran. Tidak perlu dengan kata-kata, cukup dengan hanya senyumannya sudah mampu mencairkan hati mana-mana wanita yang memandang. Cuma, Hareez itu jarang sekali tersenyum apatah lagi bila berdepan dengannya.
Mendengar statement Nana, senyuman Hareez makin lebar. Betullah tu. Sebabnya, dia memang tak pernah pun layan Nana dengan baik. Tapi Nana tak tahu, dia lagi hebat dari Zhafran kalau datang bab-bab mengayat perempuan. Cuma, sejak hati dan cintanya dikunci oleh Lya, dia seperti sudah hilang skill kasanovanya.

“Tak nak sudahhhh....” meleret saja suara Hareez sambil dia bangkit berdiri.

“Tawaran ni cuma sekali jer, takde ulang banyak-banyak kali.” Hareez sudah bersedia untuk melangkah meninggalkan Nana yang terkulat-kulat di situ.

“Oh! Sebelum terlupa, hari ni Zhaf tak datang sebab dia balik lewat. Lya yang akan datang jemput anak mereka. So, faham-faham jerlah yer...” Sekelip mata bicara Hareez sudah berubah gaya. Dia terus berlalu tanpa ucap salam. Dia yakin Nana faham maksud ayatnya yang terakhir itu adalah menghalau secara halus. Sebenarnya, dia hanya mereka cerita. Zhafran mana nak biarkan Lya datang sini ambil anak mereka sendirian. Cemburu dengan Zhafran adalah dua perkara yang sering berjalan selari.

12 comments:

mizan said...

nana...ok gak dgn hareez,ada kelainan klu jadi.ni yg akak maksudkan,perempuan gedik pun bole berubah.klu lelaki yg kasanova bole berubah jd baik,perempuan gedik pun bole kan??

Hani Fazuha said...

Mizan... wah! Ni jadi org pertama baca atau org pertama komen?

hajar said...

x mungkin hareez ngn nana... nana hanyalah sekadar watak utk mewujudkan konflik... betul x kak hani?

Tie Tinie said...

nooooooooo... Hareez x boleh kawen ngan Nana...
jgn kak... x mungkin Dan x akan..
x mo..x mo..x mo..

Anonymous said...

Bagus jg Nana ngan Hareez..aman ckit hidup Lya.....kan K. hani....

Anonymous said...

makan hati berulam jantunglaa nana oiii lau kawin ngan si haris tu..tapi bagus tuk zhafran n lya..x da penyibukkk!!!:)

siti syazwani said...

bile novel ni blh berada d psrn?..sgt2 x sbr nk memilikinya..mmg suke sgt beli novel hati kala cinta dgn jln cite yg best sgt2..pas 2 tau de smbgn CDH..lg excited skrg ni..

aimie_afifah said...

kahkahkah..cam relax giler Hareez ajak Nana kawin.....
Haniii..ko buat aku makin sayangggggggggggggg kat Hareez la...

Anonymous said...

Nk tnya, napa novel ni lain, x mcm dulu? Dulu asyik watak aku yg bercerita tntang itu ini.Sebnarnya sya suka cara penulisan mcm ni, bnyak-wtak2 yg nmpak pnting...

Hani Fazuha said...

Aimie.... nnti lagilama ko tentu lagi sayang dia...

Hani Fazuha said...

Utk pengetahuan..ini adalah percubaan guna penceritaan pihak ketiga.... pertama kali saya buat.kalau anda suka... syukur alhamdulillah..

mizan said...

hani kena bagi hadiah kt akak,org pertama baca dan komen.tu yg kata celik mata dpt baca cdh...