Salam buat semua. Maaf sebab tak sempat nak respon komen-komen anda. Tak cukup masa dan macam-macam lagi sehingga nak jenguk blog sendiri pon tak sempat. Dulu pun, memang masa tak pernah cukup tapi masih sempat lagi curi-curi dan celah sana-sini. Cuma sekarang ni, nak ‘mencuri dan mencelah’ pun dah tak berdaya.CDH dan CBM terbengkalai begitu saja.
Sampai satu tahap, rasa macam nak stop saja menulis. Biarkan semuanya berlalu dihanyutkan arus masa. Tapi masalahnya, otak ni macam tak boleh duduk diam. Walau sibuk mana pun, masih nak fikir juga pasal cerita-cerita yang ingin ditulis. Tak sempat taip pun takpe, asal dapat fikir pun dah rasa bahagia, macam ketagih pula kan..hahaha..
Okey, hari ni ada n3 baru tapi sebelum masuk n3 tu, nak membebel sikit. Tolong baca dan faham yer....
Setiap kali menulis, saya memang mengharapkan komen dari pembaca yang sudi membaca tulisan saya tetapi biarlah komen tu membina agar corak penulisan dapat diperbaiki bukannya komen yang menjatuhkan atau menghentam tanpa alasan yang munasabah. Saya tak minta dipuji melangit dengan apa yang saya tulis tetapi saya juga tak mahu dihentam hanya kerana saya tersilap tulis kerana cara begitu akan membuatkan mood menulis saya jatuh merundum.
Saya ni bukan budak lagi, dah tua pun. Jadi, tak sesuai kalau nak kata ‘saya budak baru belajar’(sebab dah tuakan..hikhik) walau hakikatnya saya masih dalam proses pembelajaran(kecik-kecik tak nak belajar, dah tua baru sibuk nak belajar menulis). Biasalah, bila disebut proses pembelajaran, kesilapan pasti akan berlaku. So, yang silap sikit-sikit tu anggap saja saya ni tengah belajar menulis. Kalau nak tegur juga, biar cara berhemah macam cikgu menegur anak murid.
Tapi, kalau tak pandai nak menegur, tolong jangan komen apa-apa. Kalau tak suka apa yang saya tulis tolong jangan baca tapi kalau dah terbaca, tolong tarik nafas panjang-panjang dan pejam mata. Sematkan dalam fikiran yang anda tak pernah baca apa yang saya tulis..boleh tak buat maca tu?
Okey, tak nak bebel panjang-panjang nanti ada yang tak puas hati. Selamat melepaskan rindu pada Hareez, Zhafran dan juga Lya...
**************************************************
Sehabis waktu kerja, Hareez menjadi orang pertama yang melangkah keluar dari pintu pejabat. Ini merupakan satu perkara yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini. Ya! rindu telah menggamit dia untuk cepat-cepat melangkah pulang.
Tiba di rumah, wajah itu yang dicari terlebih dahulu. Wajah comel dengan keletah yang sering mencuit hatinya.
"Antasya mana ma?” Soalan itu terus ditanya tatkala matanya tidak ternampak Aleeya Antasya di mana-mana.
“Tidur....” Belum habis jawapan mamanya, Hareez sudah melangkah ke arah bilik yang memang telah dikhaskan untuk si comel itu.
“Jangan kejut dia Reez, baru jer tidur tu.” Jeritan mamanya tidak diendahkan. Yang dia tahu, matanya ingin sangat menatap seraut wajah comel itu.
Datin Junaina hanya mampu mengeleng kepala melihat gelagat anaknya itu. Melihat kasih Hareez pada anak Zhafran dan Lya itu, naluri keibuannya jadi tersentuh. Pun begitu, hati tuanya tetap merasa bimbang. Dia bukan tidak tahu perebutan yang berlaku antara Hareez dan Zhafran. Tetapi, dia juga tidak berdaya untuk membantu. Jikalah Lya itu boleh dibelah dua dan dibahagikan sama rasa, sudah lama dia melakukan itu. Atau, jika Lya itu punya adik beradik perempuan yang lain, sudah lama dia mencadangkan pada Hareez. Namun, semua itu adalah sesuatu yang terlalu mustahil untuk berlaku.
Langkah Hareez terhenti di tepi katil yang berpagar kelilingnya. Wajah Aleeya Antasya yang sedang lena ditatap seketika sebelum jemarinya menyentuh pipi mulus yang putih bersih itu. Entah kenapa kasihnya benar-benar tumpah pada anak kecil itu. Mungkinkah kerana Antasya itu lahir dari rahim milik Lya maka, segunung kasih telah terkumpul untuk anak itu hanya dalam masa yang sangat singkat? Atau, mungkin juga perasaan ini datang kerana antara mereka terikat dengan pertalian darah?
Peliknya, dia tidak pernah merasai perasaan sebegini pada anak yang diahirkan Melisa sedangkan wanita itu pernah menjadi isterinya. Mungkinkah kerana dia tidak pernah menyintai Melisa maka, rasa kasih itu tidak pernah ada?
Mengingati Melisa, hatinya jadi sakit berganda-ganda. Kerana wanita itu, dia terpaksa membelakangkan keluarga untuk berkahwin di luar negara. Kerana wanita itu juga, impianya untuk bersama Lya musnah dalam sekelip mata.
"Reez... Mari minum." suara mamanya yang muncul di muka pintu bilik manamatkan ingatannya pada Melisa.
"Kejap, nanti Reez datang," balas Hareez sambil menoleh sekilas ke arah mamanya sebelum kembali menatap Antasya yang masih lena.
Dalam keadaan tidur beginilah dia suka menatap wajah comel anak itu, wajah yang benar-benar seiras Lya. Ketika dia ke luar negara dulu, Antasya masih di dalam kandungan ibunya. Sekembalinya dia ke Malaysia, anak itu sudahpun berusia dua tahun lebih, sudah boleh berjalan dan pandai bercakap, juga sudah mengenal orang yang mendekatinya.
"Kahwinlah Reez... Nanti boleh ada anak sendiri. Anak orang, walau apa sekali pun tetap anak orang, takkan sama dengan anak sendiri." lembut nada Datin Junaina menasihati Hareez.
Melihat cara Hareez melayan Antasya, Datin Junaina yakin anaknya itu penuh dengan sifat kasih sayang. Tapi, dia pelik juga kenapa Hareez langsung tidak ambil kisah dengan anak dari bekas isterinya? Pernah beberapa kali wanita yang mendakwa dirinya isteri kepada Hareez datang bertandang ke rumah ini bersama seorang kanak-kanak lelaki, tetapi Hareez tidak pernah mengendahkan kehadiran mereka. Malah dia langsung tidak menyentuh anak itu. Sangkanya, Hareez itu hatinya kering dan tidak suka pada kanak-kanak tetapi nyata sangkaannya meleset. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan Hareez pada Antasya, dia yakin hati anaknya itu tidak 'mati'.
“Nantilah Ma...”
“Nak nanti sampai bila?”
“Sampai Reez berjaya memujuk hati sendiri.”
Datin Junaina terus terdiam mendengar jawapan Hareez. Dia jadi hilang kata-kata. Ada simpati menerjah hatinya. Rasa bimbang juga bagai beradun dan bercampur baur.
"Reez masih ada perasaan pada Lya?" Dia cuba untuk menduga. Wajah keruh anaknya itu dipandang dari arah sisi.
Sebenarnya, dia bukan tidak tahu tetapi hati tuanya seolah menolak kenyataan. Tak usah diucapkan melalui kata-kata, orang bodoh pun boleh tahu apa yang terkandung di hati Hareez tatkala dia memandang Lya. Kerana itu, Zhafran sering tidak senang duduk apabila mereka ada di rumah ini. Aura cemburu Zhafran memang jelas kelihatan dan Lya akan sentiasa menjadi mangsa keadaan, tersepit di tengah kemelut perasaan dua beradik.
Kadangkala dia jadi hairan kenapa Hareez boleh berterusan begitu. Bukan dia tidak tahu pada permulaan cerita ketika dia dan suaminya ingin menjodohkan Hareez dan Lya. Hareez itu sejak kecil sifatnya berbeza dengan Zhafran. Apa saja yang disuruh akan diikut tanpa sebarang bantahan. Hatinya memang kuat memendam rasa tetapi suka memberontak dalam diam.
Bukan dia tidak tahu kenapa Lya sering berwajah kelat tatkala berdepan dengan Hareez pada awal perkenalan mereka. Tentulah Hareez sudah bercakap macam-macam untuk menyakitkan hati supaya Lya menolak lamaran mereka. Ah! Onar Hareez memang sukar untuk dijangka.
"Reez.... Kalau boleh, mama pohon Reez lupakanlah Lya. Anggap saja dia sebagai adik sendiri." Datin Junaina seakan merayu.
"Kalau boleh, memang itu yang Reez nak lakukan ma. Setiap kali berdoa, itulah permintaan pertama yang Reez pinta. Tapi... " Bicara Hareez mati di situ. Apa dayanya untuk memujuk hati sendiri sedang kalau dipaksa pun, belum tentu dia mampu melakukannya.
"Entahlah!..." akhirnya, hanya perkataan itu yang terluah di bibirnya. Dia seperti sudah berputus asa untuk berusaha melupakan Lya.
Benarlah kata orang, jatuh cinta ditempat yang salah itu rasanya perit sekali. Selama ini, dia tidak pernah merasai perasaan sebegini. Banyak wanita yang didampinginya malah dia pernah digelar lelaki kasanova sewaktu dizaman belajar dulu tetapi tidak satu pun yang berjaya menembusi hatinya sebagaimana yang pernah Lya lakukan.
Jauh juga dia lari untuk membuang Lya dari ingatannya malah ramai juga wanita di bumi UK sana yang dia dampingi tetapi nyata sekali dia gagal untuk membuang cintanya pada Lya. Apa lagi yang harus dia lakukan?
“Jangan berhenti berdoa Reez. Kalau bukan hari ini, pasti esok atau lusa TUHAN akan memakbulkannya. Yang penting, hati mesti cukup ikhlas memohon.” Datin Junaina cuba menyuntik semangat. Belas hatinya melihat dan mendengar lirih suara anaknya itu. Dia sayangkan anak-anaknya tanpa berbelah bagi. Walau Hareez lebih banyak tinggal diasrama dan juga di rumah neneknya di Johor, tidak pernah dia membezakan keduanya termasuklah Lya yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
Lya yang mendengar perbualan tersebut terus kaku di tepi pintu bilik. Dia yang datang untuk menjemput anaknya terus saja melangkah ke arah bilik tersebut tanpa mengesyaki apa-apa. Selalunya, Antasya akan menyambut kepulangannya dengan mulut yang becok. Jika tidak, pastilah anaknya itu sedang tidur atau bermain di bilik tersebut sambil ditemani oleh neneknya. Tidak disangka pula Hareez juga turut berada di situ.
Langkahnya terus termati sebelum sempat melangkah masuk apabila telinganya mendengar suara orang bercakap-cakap. Yang membuatkan dia ingin terus berdiri disitu ialah apabila namanya disebut-sebut dalam percakapan tersebut.
Lirih suara Hareez membuatkan hati Lya dijentik pelbagai rasa. Diakah yang bersalah atau takdir memang telah merencana sesuatu yang lebih baik dari apa yang akal kita mampu memikirkannya? Dia tidak tahu untuk berkata apa. Yang dia tahu, hatinya memang kesiankan Hareez dan dia juga tahu, hatinya memang menyintai Zhafran tanpa berbelah bagi.
Suara rengekan Antasya mengejutkan Lya. Pantas langkahnya diatur untuk menjauh sebelum tingkahnya yang mencuri dengar perbualan tersebut disedari mereka.
Tiba di muka pintu utama, kelihatan kereta Zhafran menjalar masuk ke laman rumah. Lya jadi pelik. Baru tadi Zhafran menghubunginya untuk memberitahu dia pulang lewat. Apa ke lewatnya kalau begini? Sama saja waktunya.
"Cakap tadi balik lambat?" Lya terus menyapa tatkala Zhafran keluar dari keretanya.
Tanpa menjawab, Zhafran hanya mengukir senyuman sambil melangkah menghampiri isterinya. Seperti biasa tangannya dihulur untuk disalami dan dicium Lya.
"Miss you so much,” ucap Zhafran tatkala bibirnya mendarat di dahi Lya. Tubuh isterinya itu dipaut rapat dan dikunci erat ke dalam pelukannya. Sungguh... dia benar-benar rindukan haruman tubuh Lya. Bertahun mengahwini isterinya itu, bertahun juga memeluk tubuh itu, rindunya tidak pernah pudar malah makin bertambah ruah tatkala Lya tiada di depan mata.
Lya ketawa perlahan sambil membalas pelukan Zhafran. Sejak awal perkahwinan mereka sehinggalah ke saat ini, begitulah perangai suaminya itu. Perkara pertama yang dia lakukan adalah memeluk dirinya apabila mereka bertemu setelah seharian berpisah.
“Kenapa tak cakap tak jadi balik lambat? Kalau tahu tadi Lya boleh terus balik rumah, boleh masak untuk dinner,” ucap Lya setelah pelukan dileraikan.
Dulu, mereka akan sama-sama datang menjemput Antasya dan akan dinner di sini tetapi ianya berubah setelah kepulangan Hareez. Zhafran telah menetapkan yang dia akan datang sendiri menjemput Antasya sementara mengarahkan Lya agar terus pulang untuk menyediakan makan malam mereka. Tanpa banyak soal, Lya akur mengikut walau hatinya sedikit terasa. Zhafran seolah tidak mempercayai dirinya dan Hareez.
“Kita dinner kat sini ajelah. Kesian isteri abang ni, dah penat kerja nak masak lagi,” ujar Zhafran sambil memaut pinggang isterinya. Terasa sayang untuk melepaskan pelukan apatah lagi tiada sesiapa pun di situ yang boleh mengganggu kemesraan mereka.
Tadinya, memang dia menghubungi Lya untuk memaklumkan tentang kelewatannya dan meminta isterinya itu menjemput anak mereka. Tetapi, apabila terfikir kemungkinan Lya akan bertemu Hareez di situ, dia cepat-cepat mencipta alasan. Ya! pertama kali dia mengelak apabila diberi tugas dan menipu ketuanya hanya kerana tidak ingin membuka ruang antara Hareez dan isterinya.
Sejak Hareez pulang dari luar negara, dia benar-benar rasa tergugat. Hatinya tidak pernah mampu duduk berdiam tatkala melihat renungan Hareez terhadap isterinya. Kalau boleh, dia cuba mengelak untuk datang ke rumah itu bersama Lya tetapi disebabkan anak mereka dijaga oleh mamanya, nak tak nak dia dan Lya terpaksa juga menjejakkan kaki ke situ.
Pernah juga disuarakan pada mamanya untuk meletakkan Antasya dibawah jagaan taska tetapi hanya kemarahan mamanya yang dia terima. Berhari-harilah juga telinganya menadah bebelan mamanya. Sayang mamanya pada Antasya melebihi segalanya. Sejak lahir lagi, anak mereka itu telah dijaga oleh mamanya. Takkan senang-senang boleh dipisahkan begitu saja. Sudahnya, dia terpaksa menukar perancangan. Terpaksa menahan rasa cemburu setiap kali harus berdepan dengan Hareez bersama Lya.
Itu cerita di rumah, belum lagi cerita dipejabat yang membolehkan Hareez sesuka hati merenung isterinya tanpa pengetahuan dia. Oh! Sungguh dia tidak sanggup. Pernah juga disuarakan rasa hati agar Lya berhenti dari Danau Crystal tetapi ditetang keras oleh mama dan papanya. Kesian dengan keadaan papa yang sudah tidak sekuat dulu, sekali lagi dia terpaksa mengekang rasa cemburu. Kata Lya, ‘yang akan menguatkan cinta kita ialah rasa percaya’ dan dia pegang kata Lya itu sebagai azimat. Dia harus percaya yang Lya tak akan sesekali menduakan dia walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
NOTA TANGAN
Pada sesapa yang nak tahu perkembangan terkini CDH atau novel2 saya, silalah ke group Coretan Rasa Hani Fazuha di FB yer.. kat sini akan ditampal lambat sikit....
#################################
CDH - Bab 1
Kembali duduk dikerusi empuk itu setelah tiga tahun meninggalkannya, Hareez seperti hilang punca dan tidak tahu dari mana harus dimulakan. Walaupun semua yang ada di bilik pejabat itu masih sama dan tidak berubah seperti kali terakhir dia mengambil keputusan untuk ke luar negara dulu, ianya seperti sudah menjadi asing baginya. Mungkin juga hatinya masih belum bersedia untuk kembali duduk di situ.
“Reez, papa admit kat hospital. Baliklah Rezzzzz....” Sebaris berita yang disampaikan mama dalam esak tangisnya itulah yang telah membawa dia kembali ke sini sebelum sempat menghabiskan pengajiannya.
“Papa dah tak kuat Reez. Papa perlukan anak-anak papa untuk membantu. Papa tak mahu Danau Cristal yang papa usahakan dengan titik peluh sendiri berkubur begitu saja.” Suara lemah papa bernada rayuan itu telah mengikat kakinya untuk terus berpijak di bumi Malaysia ini dan sekaligus melupakan hasratnya untuk terus menimba ilmu di bumi Ratu. Kerana itu juga, setelah sebulan merehatkan diri di rumah, dia kembali menjejakkan kaki ke pejabat ini.
Ikutkan hati, dia masih belum bersedia. Ya! hatinya belum cukup kuat untuk berdepan dengan Lya setiap hari. Tiga tahun dia tidak pernah pulang ke Malaysia dan tiga tahun itu masih belum cukup untuk dia melupakan seraut wajah bernama Lyana Amira.
“Melarikan diri bukan cara terbaik untuk melupakan seseorang.” Kata nasihat teman serumahnya sewaktu di luar negara itu diakui kebenarannya saat ini. Menatap seraut wajah lembut milik Lya, hatinya seperti disimbah asid menjadikan permukaanya berubah rupa dan bentuk. Melihat kemesraan wanita itu bersama Zhafran yang tertayang di depan mata, jiwa lelakinya bagai dicarik belati tajam. Sakitnya, tiada perkataan untuk digambarkan.
Semua itu sudah cukup untuk menjadikan hatinya tawar tanpa rasa untuk terus menetap di Malaysia. Tetapi, melihatkan papanya yang tidak sekuat dulu setelah diserang Minor stroke, dia terpaksa mengunci kejap pintu hatinya dengan mangga yang paling besar supaya seluruh rasa yang bertebaran di dalamnya tidak mampu mengintai keluar.
Nafasnya ditarik panjang. Dari duduk, Hareez berdiri berpeluk tubuh memandang ke luar. Dinding kaca yang mengelilingi biliknya itu membolehkan dia melihat pemandangan indah di luar sana.
Seketika berdiri di situ, dia melangkah perlahan ke arah dinding kaca yang bertentangan. Langsir yang menutupi keseluruhan dinding tersebut diselak sedikit untuk melihat suasana di dalam ruang pejabat pula.
Saat itulah pandangan matanya menangkap bayangan Lya yang melintasi pejabatnya. Lenggok Lya yang nampak indah di mata lelakinya itu menjadikan dadanya sesak dengan pelbagai rasa. Hatinya seperti dicuit dan jiwanya mula terusik. Walau sudah mempunyai seorang anak, badan Lya tetap langsing. Tubuh tinggi lepas itu nampak padan dengan apa saja yang dipakainya. Cantik! Kecantikan yang asli itulah yang membuatkan hatinya terpaut.
Astaghafirullahalazimmmm....
Panjang dia beristifar setelah sedar akan khilaf sendiri. Sedar akan dosa yang dicipta kerana mendambakan wanita yang berstatus isteri orang apatah lagi isteri adik sendiri. Pantas langsir yang terselak itu ditutup kembali. Pantas juga kakinya melangkah menuju ke kerusi dan duduk di situ.
Baru saja nafas yang tersekat tadi kembali berjalan lancar, pintu biliknya diketuk dari luar.
“Masuk.” Lemah saja suaranya memberi arahan dan serentak itu wajah yang cuba ingin dielaknya muncul di muka pintu.
Senyuman Lya buatkan Hareez terpaku di kerusinya. Dia hanya mampu memandang langkah Lya yang tersusun masuk menghampiri mejanya.
“Boleh I duduk?”
“Hah!” Hareez bagaikan baru tersedar dari lena saat mendengar pemintaan Lya itu. Rupanya Lya sudah berdiri di depan mejanya. Pantas dia menghulurkan senyuman bersama isyarat tangan agar Lya duduk.
“Papa minta I brief you tentang akaun syarikat dan juga projek yang masih dalam proses.” Lya bersuara sambil meletakkan file yang dibawa ke atas meja. Terasa janggal tetapi dia cuba untuk berlagak biasa. Kembali berurusan dengan Hareez setelah tiga tahun tidak bersua muka, banyak yang sudah berubah. Hareez yang dia kenal dulu jauh bezanya dengan Hareez yang duduk di depannya saat ini. Kalau ditanya kata hati, dia lebih sukakan Hareez yang dulu, yang selalu agresif dalam semua perkara termasuklah tentang soal hati dan perasaan. Melihat Hareez hari ini, hatinya jadi tidak tenteram. Salah diakah yang menjadikan Hareez seorang pendiam?
Hareez mengangguk perlahan petanda memberi kebenaran untuk Lya memulakan briefingnya. Dia tahu, sepanjang ketiadaannya selama ini, Lyalah yang banyak membantu papa. Dari apa yang diceritakan papanya, dia jadi kagum dengan kebolehan Lya yang bukan saja menguruskan akaun syarikat tetapi juga mengambil alih tugas-tugas yang ditinggalkannya.
Seharusnya Lya sudah layak duduk di kerusinya sebagai Timbalan Pengarah tetapi sikap rendah diri seorang Lya memang tidak pernah hilang dari dirinya. Lantas, ada rasa bersalah terbit di hati. Sebagai anak, seharusnya dia dan Zhafran yang memikul tanggungjawab tersebut tetapi kerana mengikut kata hati, dia begitu tega meninggalkan papanya menguruskan syarikat sendirian. Zhafran pula masih terikat kontraknya dengan syarikat tempat dia bekerja kerana menerima biasiswa syarikat untuk melanjutkan pelajaran sambil bekerja.
Melihat anggukkan Hareez, Lya terus membuka fail akaun syarikat yang sudah terletak di atas meja. Mulutnya terus berkata-kata menjelaskan satu persatu apa yang seharusnya Hareez tahu.
Cuba untuk fokus, itulah yang Hareez lakukan walau sebenarnya getaran di hatinya lebih kuat dari gelombang dimindanya. Melihat jemari runcing Lya yang berlari-lari di atas helaian kerta menunjukkan angka-angka yang bertaip kemas itu sudah cukup untuk membuatkan nafasnya kembali menjadi sesak. Dulu... suatu ketika dulu, dia pernah mengimpikan untuk membelai jemari itu tetapi malangnya impiannya itu tidak kesampaian dan dia tahu sampai bila-bila pun impiannya itu tidak mungkin akan kesampaian.
Sedang minda dan hatinya berperang sesama sendiri, dia dikejutkan dengan deringan telefon bimbit Lya. Serentak itu, bicara Lya terus terhenti dan jemarinya bergerak menarik telefonnya yang diselitkan di poket seluar slack yang dipakai.
“Sekejap ya.” Sopan Lya memohon untuk menjawab panggilan tersebut setelah melihat nama Zhafran yang tertera di skrin.
“Assalamualaikum abang... Lya tengah ada discussion, nanti Lya call abang balik yer.” Lembut alunan suara Lya menjawab panggilan tersebut bersama senyuman mekar di bibir.
Pantas Hareez kalihkan pandangannya ke sisi. Rasa cemburu yang cuba dibungkus kemas sudah mula mengintai keluar. Ah! alangkah bahagianya kalau dia berada di tempat Zhafran.
“Okey, bye!” suara penamat perbualan itu memanggil Hareez kembali berpaling ke arah Lya.
“I love you too.” Ucapan terakhir Lya sebelum menekan butang merah di telefonnya terus membuatkan mata Hareez terpejam rapat menahan sakit. Ya! sakit yang tidak mungkin mampu dilihat oleh sesiapa pun.
“Reez...sorry, boleh kita sambung?” Suara Lya memanggil Hareez membuka matanya. Tidak mengangguk dan tidak juga mengeleng, hanya matanya melekat ke wajah Lya.
Melihat tingkah pelik Hareez, Lya diserang gelisah. Dia bimbang jika sejarah lama berulang kembali. Sejak kepulangan Hareez sebulan yang lalu, rasa bimbangnya tidak pernah surut apatah lagi bila dia harus berdepan lagi dengan lelaki ini setiap hari di pejabat.
“You bahagia?” soalan Hareez yang tiba-tiba melencong topik itu makin menguatkan rasa bimbang di hati Lya. Saat yang sama, pesanan dan syarat Zhafran bagai menekan seluruh perasaannya.
“Abang benarkan Lya terus bekerja di Danau Crystal tetapi dengan satu syarat....” bicara Zhafran minggu lalu terimbas diingatannya.
“Jarakkan diri dari Hareez. Jangan sampai abang dengar sesuatu yang tidak elok dari mulut orang lain. Jika itu berlaku, abang takkan maafkan.” Sambung Zhafran lagi. Serius wajahnya seiring dengan nada yang keluar dari bibirnya.
“Tapi bang...”
“No! tak ada tapi-tapi. Take it or... resign, duduk rumah jaga makan pakai abang dan anak-anak.” Tegas Zhafran memintas.
“Bang, kita cuma ada satu anak. Tak sesuai perkataan anak-anak tu, macam ramai jer.” Lya menegur tetapi Zhafran pula tersenyum nakal.
“Malam ni kita buat lagi satu, nak tak?” Zhafran sudah melalut ke arah lain. Moodnya tiba-tiba sudah berubah. Seperti selalu, perangai nakalnya tak pernah berubah.
“Lya?” Suara Hareez mengejutkan Lya dari lamunan.
“Ya, I sangat bahagia.” Spontan jawapan itu keluar dari bibir Lya. Benar.. dia cukup bahagia. Jika ada perkataan lain selain dari bahagia, dia ingin meminjam perkataan itu untuk menggabarkan rasa hatinya. Betapa dia cukup bahagia hidup bersama Zhafran.
Hareez tarik nafas panjang. Entah kenapa dia masih ingin bertanyakan soalan itu sedang hakikat sebenarnya dia telah tahu. Melihat kemesraan dan keceriaan di wajah mereka berdua sudah cukup untuk memberitahu tentang bahagia yang berada disekeliling mereka.
Ah! Rasa hati ini perlu dibalut lagi dengan lapisan yang tebal-tebal supaya getarannya tidak mampu dikesan. Biarlah hanya dia yang merasai betapa dasyatnya getaran yang melanda hatinya.

Labels:
[CDH 1]
CDH - Prolog
Lama Hareez duduk di situ, menyaksikan ombak yang begitu setia memukul pantai. Kalaulah ombak itu mampu membawa semua kesakitan yang sedang bermukim di hatinya pergi jauh ke tengah lautan, dia sanggup untuk terus duduk di situ sehingga semuanya dibawa pergi.
Sangkanya, dia boleh melupakan semuanya dan ketenangan akan ditemui di sini tetapi perkiraannya nyata silap sama sekali. Usahkan sebuah ketenangan, hatinya sendiri yang telah hilang itu pun tidak mampu dia cari.
“I minta maaf Reez. Keputusan ini I ambil bukan kerana marah tapi kerana cinta. Ya! I memang cintakan Zhafran, sejak dulu hinggalah ke saat ini dan insyaalah, kalau you tanya soalan yang sama selepas seribu tahun akan datang, jawapannya tetap sama, I tetap cintakan Zhafran.” Itulah pengakuan Lya yang telah berjaya merobek kejam sekeping hatinya.
Sudah puas dia memujuk, sudah puas dia berharap dan sudah puas juga dia berdoa tetapi Lya tetap jua memilih Zhafran. Dia terfikir sendiri, mungkinkah hatinya tidak cukup ikhlas sewaktu memanjat doa atau mungkin juga dia tidak cukup baik untuk TUHAN memakbulkan doanya? Tetapi, dia ingin sentiasa bersangka baik terhadap YANG ESA. Siapa tahu kalau doa-doanya sedang dikumpul dan akan dimakbulkan diakhirat nanti? Mana tahu, pasangannya di syurga kelak adalah bidadari yang lebih hebat dari Lya?
Tidak! Hatinya pantas membantah. Bariskanlah seribu bidadari di depan matanya, Lya juga akan tetap menjadi pilihan hatinya.
Ah! dia mengeluh lagi buat kesekian kalinya dan rasa sakit itu datang lagi mendera hatinya. Hari ini adalah hari di mana Lya akan sah menjadi milik Zhafran, adiknya sendiri dan sekaligus menutup terus peluang dia untuk memiliki Lya. Lantaran itu, dia menjadikan alasan kerja untuk lari ke bumi Kuantan dan saat ini, dia hanya duduk termenung di pantai Cherating menyaksikan ombak biru mencipta buih di tepi pantainya.
“Bang, aku tak nak bermusuh dengan kau hanya kerana seorang perempuan.” Bicara Zhafran beberapa hari yang lepas berlegar di kepalanya.
“Bercerita tentang Lya, semua perkara sudah tidak penting buat aku.” Hanya itu yang keluar dari bibirnya sebelum dia meninggalkan Zhafran yang terlopong memandang langkahnya.
Bagaimana dia ingin memujuk hati sendiri agar melepaskan Lya tanpa sebarang bantahan? Bagaimana dia ingin menanam rasa tidak sukanya pada Lya sedang dari sudut mana sekalipun, hatinya tetap menyukai Lya.
Sungguh.... dia sendiri tidak mengerti bagaimana Lya itu begitu mudah masuk ke hatinya dan mencipta satu rasa indah yang tidak pernah dia rasai selama ini. Bukan dia tidak pernah bercinta malah pernah juga berkahwin dengan wanita pilihan hatinya. Tetapi, semua itu tidak sama dengan apa yang dia rasai tatkala mengenali Lya. Bukan juga dia tidak pernah kecewa malah lebih teruk apabila isterinya berlaku curang tetapi yang peliknya, kesakitan yang dia rasa tidaklah sesakit saat Lya membuat keputusan untuk mengahwini Zhafran.
Pada dasarnya, Lya itu bukanlah perempuan yang boleh dikategorikan sebagai cantik bergaya seperti bekas isterinya tetapi cantiknya Lya itu adalah pada hati dan tingkahnya. Dia memang nampak kasar tapi dalam kasarnya ada kelembutan yang tersendiri. Dia spontan dalam berbicara tapi ada kejujuran dari hatinya. Yang paling penting, makin dipandang makin terserlah kecantikannya.
‘Oh! Aku boleh jadi gila kalau berterusan begini’, Hareez menjerit sendiri tetapi jeritan itu hanya terdengar di sudut paling dalam di hatinya.

[*Prolog]
Subscribe to:
Posts (Atom)