FOLLOWERS

HKC - Bab 18

Di atas permintaan Follower yang tak jemu-jemu mengunjungi blog dan tak sabar-sabar menunggu HKC keluar, di tampilkan Bab 18...Semoga terubat rindu buat Zhaf dan juga Lya......


******************

Malam itu, aku dikejutkan pula dengan cerita yang cukup menghiris hati. Nasib baik aku menghubungi kak long. Kalau tidak, entah bila aku akan mendapat tahu ceritanya.

“Minggu ni kak long dengan along balik Putra Permai, ibu minta tolong temankan dia beli barang hantaran Nurin.” beritahu kak long apabila aku menyatakan untuk ke rumahnya hujung minggu itu.

“Barang hantaran? Untuk apa?” spontan aku bertanya kerana terkejut mendengarnya. Takut juga aku tersalah dengar.

“Laaa.. ibu tak cakap ke?” soal kak long kehairanan.

“Cakap apa?” solaku kembali.

“Eh! Kak long terlepas cakap ke ni?” kak long sudah teragak-agak.

Aku diam seketika, cuba mencerna kembali ayat yang kak long luahkan tadi. Barang hantaran hanya untuk orang yang akan bertunang atau berkahwin. Nurin sudah bertunang, adakah ini bermaksud dia akan berkahwin dalam masa terdekat ini? Kenapa aku tidak tahu?

“Tak! Kak long tak salah cakap. Memang ibu ada cakap tapi Lya terlupa bila.” Spontan
aku berbohong. Saat itu, hatiku sudah bergalau dan tercalar.

“Oh! bulan depan laaa…. Mereka nak buat sebaik pihak lelaki tamat pengajian. ” Lurus kak long menjelaskan mengejutkan aku.

Ini bermakna, tinggal lagi satu bulan dari hari ini. Dua minggu lagi akan bermula final exam sekaligus Zhafran juga akan menamatkan pengajiannya. Apa yang aku tahu, dia akan mula bekerja di syarikat milik kenalan papanya sebagai arkitek selepas tamat pengajian. Nampaknya, dia akan berkahwin dulu sebelum memulakan kerja.

Kenapa ya, aku tidak diberitahu walau sepatahpun tentang ini? Biarlah kalau Zhafran tidak ingin membuka mulut, tetapi kenapa keluargaku juga menyembunyikan semua ini? Adakah aku ini tidak layak untuk tahu? Atau... Mungkinkah aku ini tidak pernah dianggap wujud oleh mereka?

Sedihnya... Berhari-hari aku usung rasa sedih itu sendirian. Aku cuba untuk membenci Zhafran tetapi mana mungkin hatiku ingin melakukannya. Sudahnya, aku cuba melakukan perkara yang dilarang oleh Zhafran.

Ya! Sehari sebelum bermulanya final exam, aku telah menerima pelawaan Izwan untuk keluar minum bersamanya. Itulah yang dilarang oleh Zhafran tetapi aku sengaja mengingkarinya

Jujur dari hati, aku sebenarnya tidak pernah teringin pun untuk rapat dengan Izwan. Tidak pernah dan tidak mungkin akan terlintas di fikiranku untuk berada dekat dengan lelaki seperti dia yang digelar kasanova kelas pertama di kampus ini kerana bagiku, orang bodoh saja yang teringin menjadi mangsanya. Namun begitu, kerana sakit hati pada Zhafran, aku buat juga benda bodoh itu.

Berkali-kali aku tertanya hati sendiri, apa sebenarnya yang Izwan pandang pada gadis selekeh sepertiku ini tetapi jawapannya terlalu kabur dan sukar untuk diteka.
‘Dia nak rapat dengan kau sebab ada motif tertentu. Jangan sesekali kau layan dia.’ Zhafran pernah memberi amaran begitu kepadaku ketika kami masih rapat suatu ketika dulu. Waktu itu, aku sedang menunggunya dan Izwan tiba-tiba datang menegurku. Baru beberapa patah berbicara dengan Izwan, Zhafran muncul dan terus menarik tanganku pergi tanpa pamitan pada lelaki tersebut.

Mendengar amarannya, aku tergelak kuat. Mana mungkin aku percaya kerana tidak terfikir dek akalku tentang motif yang disebut Zhafran itu. Aku bukannya kaya raya. Nak kata cantik, aku berani potong jari yang Izwan tidak akan pandang perempuan berwajah biasa-biasa dengan pakaian 'rasmi' kemeja longgar berlengan panjang sepertiku ini.

“Jangan pergi jauh, dalam kampus aje.” Pesanku pada Izwan yang baru menghidupkan enjin kereta. Kami bertemu di depan bangunan perpustakaan kerana aku tidak membenarkan dia datang menjemputku di kolej. Takut nanti gempar satu kolej bila tengok BMWnya menunggu di situ.

“Dalam kampus mana ada tempat menarik?” dia bagai tidak bersetuju.

“Tak apa, mana-mana kafĂ© pun tak kisah. Atau…. Kita makan rojak kat fakulti pendidikan jer." Saranku.

Dia buat muka tak puas hati tetapi tetap jua menurut. Pemanduannya terus di halakan ke arah yang aku mahukan.

Sebenarnya aku lupa bahawa Izwan adalah orang terkenal di kampus ini. Keluar dari kereta saja, sudah ada beberapa orang menegur sambil mengangkat-ngangkat tangan. Sewaktu berjalan ke meja makan, ada yang terjerit memanggil namanya. Baru saja duduk di meja, ada pula satu kumpulan pelajar yang terdiri dari tiga lelaki dan dua perempuan datang menghampiri kami.

"Hey! Iz, awek baru ke?" salah seorang dari mereka menegur sambil menepuk belakang Izwan.

“Apa ni Iz, kot yer pun carilah yang ada standard sikit.” Celah salah seorang perempuan dalam kumpulan tersebut yang memakai t’shirt sendat mengikut potongan badan warna merah terang. Yang lainnya mencebik sambil mengangguk-anggukan kepala tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut. Dua lagi perempuan sibuk saja meneliti diriku dari atas hingga ke bawah dan mula berbisik sesama mereka.

Mulanya aku memang terasa hati dan rasa rendah diri. Dari segi pakaian saja, aku memang harus mengaku kalah tanpa perlu masuk gelanggang pertandingan. Tetapi, aku buat muka bodoh. Peduli apa dengan cakap orang, yang penting aku tak kacau orang.

“Eh! korang jangan kacau aku boleh tak?” Izwan bersuara tiba-tiba.

“Izzz… you ni kan…”

“Excuse me…” Ada suara tiba-tiba memotong rengekkan manja perempuan berbaju sendat tadi.

Mendengar dan melihat gerangan manusia yang berdiri di belakang Izwan itu, mataku terus membulat.

Zhafran!! Macamana dia pun boleh berada di sini? Macam halimunan pulak aku tengok.

“Boleh aku pinjam dia sekejap?” pinta Zhafran yang bermaksud ingin meminjamku dari Izwan. Pandangannya bersilih ganti antara aku dan juga Izwan.

“Apa hal kau ni?” Aku menyoalnya dengan nada perlahan.

“Tolong ikut aku sekejap.” Dia bersuara tanpa menjawab soalanku dan tanpa amaran dia sudah bertindak menarik tanganku agar bangkit berdiri. Serentak dengan itu, Izwan juga turut bangkit. Kumpulan yang ‘mengganggu’ kami tadi terus diam memerhati.
Tanpa suara dia mengangkat tangan pada Izwan sebagai isyarat jangan mencampuri urusannya dan terus menarik tanganku agar mengikut langkahnya.

“Kau dah gila ke??” Aku terjerit kecil kerana terperanjat. Tidak terduga olehku dia akan bertindak begitu. Izwan dan rakan-rakan hanya mampu memerhati aku ditarik pergi.

“Lepaslah!” jeritku lagi sambil cuba melepaskan pegangannya di tanganku.

“Kalau kau tak nak semua orang tengok kita, baik kau ikut aku.” Dia cuba mengugutku dengan sesuatu yang aku kira tidak masuk di akal kerana saat ini memang semua mata manusia yang ada di situ sudah tertumpu ke arah kami.

Tidak mempedulikan ugutannya, aku tetap meronta ingin melepaskan diri tetapi dia langsung tidak ingin melepaskan dan menarik aku hingga ke keretanya.

“Masuk!” arahnya setelah membuka pintu kereta namun aku tetap keraskan diri tegak berdiri.

“Kau nak aku angkat kau atau kau nak masuk sendiri?” Dia mengugutku lagi dan aku tiada pilihan lain selain dari masuk ke dalam keretanya setelah melihat wajahnya yang sudah berlainan rupa, sudah seperti orang hilang pertimbangan.

“Kau nak apa sebenarnya ni?” Soalku marah setelah dia menggerakkan keretanya.

“Aku dah cakap berapa kali jangan rapat dengan ‘Setan’ tu!” dia meningkah dengan suara yang meninggi. ‘Setan’ yang dimaksudkan itu pastilah Izwan.

“Apa aku peduli? Aku punya suka la nak kawan dengan setan atau jin sekali pun!” balasku dengan suara yang sama tinggi dengannya, sengaja ingin membakar hatinya.

“Kalau aku kata jangan, baik kau jangan buat.” Suaranya sudah mengendur tetapi masih lagi bernada amaran. Pandangannya penuh perhatian ke jalan raya.

“Apa hak kau nak tentukan dengan siapa aku boleh keluar atau tak boleh?” aku mencabarnya.

“Aku tak peduli! Kau tak boleh keluar dengan dia.” Dia bertegas tanpa mempedulikan persoalan yang aku timbulkan.

“Aku tak peduli! Kau tak ada hak untuk campuri urusan hidup aku.” Tingkahku pantas.

“Aku kata jangan rapat dengan dia, meaning jangan. Faham!??” suaranya kembali meninggi. Pandangannya beberapa kali menoleh ke arahku.

“Aku kata suka hati aku, meaning suka hati akulah!” aku meningkah lagi sambil mendengus geram. Sungguh, hatiku sangat geram saat ini.

“Kau jangan cabar kesabaran aku Lya.”

“So what? Kau nak buat apa?” aku sudah berpeluk tubuh. Serentak dengan itu, dia terus memberi lampu isyarat ke kiri dan memberhentikan keretanya di pinggir jalan. Sebaik menarik handbreak, badannya berpusing ke arahku.

“Aku boleh buat sesuatu yang tak pernah terlintas pun di fikiran kau.” Dia bersuara perlahan sambil mendekatkan wajahnya ke wajahku.

“Buatlah kalau kau berani. Kalau kau rasa dah puas hidup bebas dan nak merasa hidup dalam lokap, kau buatlah apa yang patut.” Aku mencabarnya. Pandangannya aku tentang penuh berani walau hakikat sebenarnya hatiku sudah kecut dan mula goyah. Zhafran ni bukan boleh percaya sangat. Bila angin tak betulnya datang, dia memang boleh bertindak di luar jangkaan. Tengoklah saja apa yang telah dia buat sebentar tadi.

“Okey! Okey! Lya sayang… kalau kau nak tahu, Si Izwan tu bukan manusia normal macam kita. Kan aku dah pernah cakap, dia ada motif tertentu baik dengan kau. Dia tu sentiasa bergerak mencari mangsa dan kau ni entah mangsa yang ke berapa.” Dia mengalah akhirnya.

“Encik Zhafran sayang… kau tak perlu bimbang. Kalau dia tu SETAN, aku boleh saja jadi Pontianak.” Aku menyimpan senyum. Terasa lucu dengan kata-kata sendiri.

“Sudah! Mula nak merapu.” Tukasnya dan kembali meneruskan pemanduan.
Aku ketawa perlahan tetapi air mataku mula bergenang. Kenapa dia harus mempedulikan aku sedang hatinya sudah diserahkan pada orang lain?

“Kenapa kau lakukan semua ni? Sepatutnya kau dah tak perlu pedulikan aku lagi.” Tiba-tiba saja terluah persoalan tersebut dari bibirku. Air mata yang bergenang tadi cuba aku tahan agar tidak gugur di depannya.

“Lya… aku sayang kau. Itu yang kau harus ingat selalu.” Luahannya terasa menjalar masuk ke hatiku.

“Sayang?” aku ketawa lagi tetapi entah kenapa ianya kedengaran sangat sumbang di telinga sendiri.

“Ya! kau sahabat aku yang paling aku sayang dan aku ingin sentiasa sayang kau.” Ucapnya menjadikan hatiku terus merundum sedih.

“Sahabat?” soalku dengan ketawa yang berubah nada sinis.

“Kalau sahabat, kenapa kau nak kahwin pun aku kena dengar dari mulut orang lain?”
Dia mengeluh berat. Waktu itu, keretanya sudah membelok masuk ke dalam kawasan kolej dan berhenti di depan blok kediamanku.

“Aku pun serba salah sebenarnya. Nurin mendesak sangat. Lagipun, aku tak mahu menambah dosa setiap kali kami bertemu. Dia tu…. Entahlah! Susah sikit aku nak terangkan.” Jelasnya satu persatu tetapi entah kenapa aku rasakan ada sesuatu yang sedang dia cuba sembunyikan dariku.

“Mmmm….. okeylah, aku naik dulu. Moga kau bahagia dengan apa yang kau pilih.” Ucapku.

“Lya….” Bicaranya terhenti di situ apabila melihat aku mengangkat tangan tanda berhenti.

“Apa pun yang ingin kau katakan, tolong simpan dulu. Bila aku rasa nak mendengarnya, aku akan beritahu nanti.” Ujarku dan terus keluar dari keretanya.

Tanpa menoleh, aku pantas mengatur langkah masuk ke dalam blok bangunan. Hati, lepaskanlah semuanya yang berkaitan dengan dia kerana dia tidak mungkin akan menjadi milikmu.

HKC - update

Berita terbaru tentang HKC.

Tajuk HANYA KERANA CINTA telah rasminya ditukar kepada HATI KALA CINTA.

Maksudnya, tajuk Hanya Kerana Cinta tidak diterima dan pilihan kedua ialah HATI KALA CINTA.

So, jangan terperanjat bila publish nanti tajuknya HATI KALA CINTA, bukan HANYA KERANA CINTA.

Apapun, okey gak la sebab singkatannya masih HKC.


Blurb....

Di hati Lya, Zhafran adalah segala-galanya tetapi di mata Zhafran, Lya hanyalah seorang perempuan brutal yang boleh dijadikan teman bertengkar.

Di mata Hareez, Lya hanyalah perempuan biasa-biasa tetapi kenapa keluarganya begitu beria-ia ingin menjodohkan mereka. Lantas, wujud rasa tidak suka di hatinya buat Lya.

Tetapi, apa akan jadi bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya menyintai Lya di saat hati Hareez juga bertukar rasa? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.

Kadangkala, kuasa memilih bukan di tangan kita tetapi tidak semesti kita harus mati saat takdir menetapkan pilihannya.

‘Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi’ - Lya

Preview CBM 2

Aku tidak diberi kepandaian melukis. Jadi, terpaksalah pinjam wajah orang untuk memberi gambaran watak-watak utama dalam CBM.

Kalau tak suka, pejam mata jer dan gambarkan wajah yang anda suka.


Mia yang cantik tetapi Zaril sering menafikannya. Kenapa? Hanya Zaril yang ada jawapannya.

Mia : Kenapa you ikut I?
Zaril : You ingat you tu cantik sangat ke sampai I nak ikut belakang you?
Mia : I tak kata I cantik tapi I tahu you memang ikut I kan?
Zaril : Kalau tak perasan boleh tak cik Mia? Banyak lagi benda berfaedah yang boleh I buat selain dari ikut you.



Mia yang suka tersenyum dan ketawa

Zaril : You ketawa kenapa?
Mia : Suka la.. I bukan ketawa guna mulut you.
Zaril : Mmm... kalau you guna mulut I, dah jadi lain cerita pulak.
Mia : Untuk pengetahuan, mulut you tu tak boleh diguna pakai!


Mia yang akan berubah garang dalam sekelip mata tatkala berdepan dengan Zaril

Zaril : You tunjuk muka garang pun I tak takut.
Mia : Siapa suruh you takut?
Zaril : Dah tu, kenapa bila nampak I jer muka terus cemberut?
Mia : Suka hati la... apa you sibuk!

Mia yang tidak suka bawa payung walaupun hari hujan.

Zaril : You redah hujan ni, tak bawa payung ke?
Mia : I tak suka payung.
Zaril : I tak tanya you suka atau tak.
Mia : I bukan jawab soalan you!


Zaril yang sempoi tetapi tetap kelihatan kacak

Adora : Apa masalah kau dengan Zaril sebenarnya?
Mia : Aku tak suka dia!
Adora : Tak suka tu mungkin boleh jadi sebaliknya suatu hari nanti.
Mia : Yerk! lelaki yang suka cari gaduh macam dia tak mungkin mampu tembus ke hati aku.



Zaril yang punya senyuman 'membunuh'

Adora : Kau tahu tak apa yang menariknya pada Zaril tu?
Mia : Menarik? Untuk aku, tak ada satu pun yang menarik pada dia. Menjengkelkan ada la..
Adora : Cuba kau perhatikan bila dia senyum. Lesung pipit dia sama macam kau.
Mia : Eee... tolonglah! tak ingin aku ada apa2 persamaan dengan lelaki tak siuman tu..


Zaril yang akan berubah serius bila berdepan dengan Mia

Mia : You ingat I heran sangat ke dengan you?
Zaril : Ada I kesah you heran ke tak?
Mia : You ni, memang jenis lelaki yang tak ada perasaan kan!
Zaril : Kalau I ada perasaan pun, bukan you orangnya.



Zaril yang punya tabiat suka makan ais krim

Mia : Macam budak-budak makan ais krim.
Zaril : I ada susahkan you ke?
Mia : Tak!
Zaril : Dah tu?


Cerita seterusnya, kena tunggu. Bila tu tak boleh janji sebab sekarang masih mood raya dan masih sibuk.


Selamat Hari Raya 2011

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan memohon kemaafan dari semua kerana kita masih di bulan syawal.

Ramai yang bertanya kenapa blog dah bersawang. Musim puasa hinggalah raya, setiap tahun aku memang sibuk kerana kerja menuntut banyak pengorbanan masa dan tenaga di waktu orang ramai taksub membeli belah. Jadi, aku memang tak berkesempatan untuk update blog dan juga menulis.

Raya, memang setiap tahun aku balik kelantan yehaaa! dan raya tahun ni, aku buat kenduri kesyukuran kat rumah mak aku, potong lembu satu ekor. Oh! ramai yang tanya, dapat projek besar ke sampai potong lembu sekor? Alahai... apa nak jawab yer... rezeki Tuhan, kita kongsi ramai-ramai, yer tak?

Balik dari kampung, aku sibuk pula pergi open house..hikhikhik... Tahun ni, aku memang tak buat open house tapi kalau sesiapa yang nak datang rumah, bila-bila masa pun boleh, kata orang.. sentiasa open.

Paling mengujakan, aku pergi open house rumah Tun Dr. Mahathir. Tapi sayangnya, tak sempat nak salam dengan dia sebab Q panjang kalahkan keretapi ekpres. Cuma sempat 'tangkap' anak lelakinya, Dato' Mukhriz yang hansome lagi kacak tu...Ouh! sungguh teruja.


Tengoklah, orang ramai bersesak-sesak beratur tunggu giliran untuk naik van dari depan Mines Wonderland untuk ke rumah Tun. Tapi, aku masuk jer guna kereta terus park depan rumah dia. Kiranya, ala-ala VIP la walau takde pas VIP tu. Takpelah, sesekali berlagak jadi VVIP apa salahnya.

Ni pula, Q kat depan rumah dia untuk salam dengan dia yang duduk bawah khemah. Isk! tak kuasa aku nak beratur, baik masuk terus pergi makan jer.

Lepas makan, ternampak anak Dato' Mukhriz. Apa lagi, 'tangkap' dia untuk bergambar. Jangan jeles yer, sama2 hijau.... macam berjanji pulak.

Sempat bergambar masa nak balik. Masa ni la tiba-tiba nampak Dato' siti Nurhaliza kat sebelah lalu tapi tak sempat nak 'tangkap' dia untuk bergambar.