FOLLOWERS

HKC - Bab 2

Leka bercerita dengan Fatin, aku jadi lupa pada pesanan Zhafran sehinggalah telefon bimbitku berdering menerima panggilan dari dia.

"Aku ada kat bawah." Ayat wajib yang selalu keluar dari bibirnya sebelum memutuskan talian. 'Kurang asam sungguh dia ni.' aku mengomel sendiri sambil memandang telefon di tangan.

"Dia?" Fatin meneka. Aku hanya mengangguk.

"Kau nak keluar ke?" soalnya setelah melihat aku mula bersiap-siap dan aku angguk lagi.

"Dengan dia?" lagi dia menyoal.

"Dia datang jemput aku. Tak tahu la mana dia nak pergi dan aku tak tahu pukul berapa dia nak hantar aku balik." aku berhenti dan tarik nafas.

"Cukup tak maklumat tu." sambungku lagi membuatkan Fatin menyengih.

Lama mengenali gadis kecil molek dari Kuala Terengganu ini, aku memang sudah cukup masak dengan perangainya. Dia akan bertanya dan terus bertanya jika jawapanku pendek-pendek. Dia akan terus bercakap walau aku hanya diam menyimpan suara.

Kekadang aku terfikir, alangkah bagusnya jika di badannya ada suis untuk aku matikan jika saat itu aku tiada mood untuk mendengar celotehnya atau boleh aku hidupkan di saat aku rasa sunyi dan sepi. Sepatutnya, dia tidak mengambil jurusan akaun kerana dia lebih sesuai dalam bidang komunikasi.

Lagi seorang roomateku, Yani pula jarang lekat di bilik. Dia memang selalu 'merempat' di bilik rakannya di aras bawah kerana malas nak panjat anak tangga. Lagi satu, dia jenis yang ramai 'peminat', berdating tak kira waktu.

"Hati-hati." pesan Fatin tatkala aku ingin melangkah keluar. pesanannya yang satu itu tidak pernah dia lupa tatkala aku ingin ke mana-mana. Itulah yang aku suka tentang dia, sangat perihatin terhadap sahabatnya sehingakan aku terfikir, cukuplah hidup aku ini dengan hanya ada Zhafran dan juga Fatin.

"Kau nak ke mana ni?" buat kesekian kalinya aku bertanyakan Zhafran sebaik masuk ke dalam keretanya.

Dia yang segak berkaca mata hitam hanya senyum, terus menarik gear automatiknya mengundurkan kereta sebelum memandu ke jalan raya.

"Aku nak beli kasut, nak kau tolong pilihkan." baru dia menjawab soalanku. Lambat betul! Dah lebih sepuluh minit aku bertanya baru sekarang nak menjawab pada hal bukan susah sangat pun.

"Kasut apa?" soalku hairan. Raya lambat lagi, takkan nak beli kasut raya kot.

"Sport shoes, yang lama tu dah koyak." jelasnya lagi dan aku mengangguk tanda faham.

Zhafran memang pemain bolasepak kampus dan selalu mewakili UM untuk setiap perlawanan antara Universiti. Sejak di bangku sekolah, dia memang aktif dalam sukan dan dialah yang bertanggungjawab mendorong aku untuk turut sama aktif dalam sukan ketika di bangku sekolah dulu. Kami sama-sama menjadi wakil sekolah dalam banyak acara sukan termasuklah balapan. Selain bolasepak, dia juga jaguh dalam acara larian 100 meter manakala aku pula dalam bola jaring dan juga bola baling.

Cuma bila melangkah ke UM ni, aku jadi malas untuk bergiat aktif dan berpanas di tengah padang walau Zhafran berkali-kali menggesa agar aku meneruskan aktiviti bersukan kerana katanya 'bersukan akan menjadikan tubuh dan minda kita sihat. Bila sihat, kita akan sentiasa bertenaga untuk belajar.'. Sudahnya, untuk tidak menghampakan dia, aku turun juga ke padang tetapi hanya menjadi penyokong dan tukang sorak apabila dia ada perlawanan.

"Yang ni cantik tak?" dia menyoalku sambil mencuba sepasang kasut jenama nike berwarna putih hitam. Waktu itu, kami sudah berada di kedai kasut di Midvalley. Sesampai saja di komplek membeli-belah tersebut, dia terus mengheretku ke situ.

"Up to you la.... Kalau cantik tapi tak selesa pakai pun tak guna juga." ujarku sambil mengecilkan kedua mata memandang kasut yang sudah tersarung di kakinya.

"Aku tak minta kau jawab panjang lebar. Cakap cantik atau tak, itu aje." tingkahnya, sengaja mengenakan aku.

"Tak cantik!" pantas saja aku menjawab, sakit hati dengan kata-katanya. Walau sudah biasa dengan caranya begitu, terkadang ada waktu-waktunya aku jadi sensitif dan terasa hati dengan setiap bicara lepasnya. Bagi dia, aku ini tak punya hati dan tak perlu dijaga setiap kali berkata-kata.

"Alaaa.. Cakaplah cantik." dia bagai tidak berpuas hati.

"Eh! Kau nak pendapatkan? So, pendapat aku ialah tak cantik. Titik!" tukasku, mula berang dengan kerenahnya.

"Alah, kau saja jer cakap macam tu sebab dengki kan?" dia sengaja menuduhku. Faham dengan perangainya, aku hanya mencebik. Hilang akal ke aku nak dengki kat dia. Buang karen!

"Okey! Aku beli yang ni. Kalau kau kata tak cantik pun, aku tetap nampak handsomekan."

"Perasan!"

Dia ketawa sambil bangkit membawa kasut tersebut ke arah seorang jurujual dan meminta wanita tersebut mencarikan stok yang baru untuknya.

Sementara itu, dia merayau-rayau sambil menilik kasut-kasut yang lain manakala aku yang memangnya tiada mood untuk bergerak hanya duduk di atas bangku yang disediakan untuk pelanggan mencuba kasut.

Dari situ aku perhatikan dia. Benar, dia memang handsome. Jika aku berani menafikannya, itu hanyalah dusta semata-mata. Badannya, seperti ahli sukan yang lain, tegap dan sedikit berotot dilengan. Kulitnya tidak putih dan tidak juga hitam, sawo matang. Segala yang ada di wajahnya cukup sempurna. Yang paling menarik bagi aku ialah keningnya yang tebal dan terbentuk mengikut matanya, macam kening Baim Wong, pelakon Indonesia yang popular dalam drama sinetron. Apabila dia merenung, pasti hati boleh jadi cair. Tapi kata Fatin, yang menarik pada Zhafran ialah senyumannya. Entahlah! Bagi aku, lihatlah dari sudut manapun, Zhafran tetap nampak kacak dan bergaya.

Sedang aku sibuk meneliti dirinya, dia melangkah datang kembali ke arahku dengan membawa dua kasut perempuan yang berlainan dan diletakkan di tepi kakiku.

"Cuba yang ni." dia memberi arahan sambil menunjukkan salah satu kasut yang diletakkan tadi. Seketika aku terpinga-pinga memandangnya.

"Eh! Pandang aku buat apa? Aku suruh kau cuba kasut tu." sergahnya setelah melihat aku tidak bergerak.

Tanpa suara, aku mencuba dua-dua kasut yang dia bawa tadi.

"Yang tu selesa tak?" soalnya ketika aku sedang mencuba kasut yang kedua.

Aku mengangguk perlahan dan sebelum sempat aku bertanya apa-apa, dia sudah menggamit seorang jurujual yang kebetulan ada berhampiran situ.

"Tolong ambil yang ni, saiz enam ya. Warna hitam." ujarnya pada jurujual tersebut.

"Kau nak beli untuk siapa?" soalku kehairanan. Memang kalau ikutkan, saiz enam itu adalah saiz kakiku.

"Untuk kaulah! Siapa lagi. Takkan untuk tauke kedai ni kut." bersahaja dia menjawab sambil melirik ke arah wanita berbangsa cina hampir separuh abad dengan make-up mengalahkan pelakon opera yang duduk di depan kaunter pembayaran. Mulutnya bising mengarahkan itu dan ini pada sales girl yang bertugas dengan nada mengalahkan alunan muzik yang dipasang di kedai tersebut.

"Bukan untuk girlfriend kau?" aku sengaja menduganya sambil menyengih ke arahnya.

"Kaulah satu-satunya kawan perempuan yang aku ada." selepas mengucapkan kata-kata itu, dia terus bangkit ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran.

Aduh! Hatiku sudah jadi berlainan rasa. Kenapa sejak akhir-akhir ini, aku seakan mengharapkan sesuatu yang berbeza dari dia?

HKC - Bab 1

Arghhhh... Rasa macam nak menjerit kuat-kuat, biar seluruh penghuni kampus UM ni dengar suaraku. Kalaulah dengan menjerit itu boleh menghilangkan rasa sakit di perutku ini, memang aku dah buat walau mungkin akan dianggap gila.

Pagi ini, sekali lagi aku ponteng kelas dan hanya tidur di bilik asrama setelah menelan dua biji panadol.

Belum pun sakitku betul-betul hilang, panggilan Zhafran berkali-kali masuk ke telefonku. Selagi tidak diangkat, selagi itulah dia akan menekan butang redial, itulah perangai Zhafran yang aku hafal sejak dulu.

“Mmm... nak apa?” aku menjawab malas dengan mata yang terpejam.

“Aku ada kat bawah ni...” Cuma itu dan talian terus dia putuskan. Bila aku cuba menghubunginya kembali, tidak pula dia menjawabnya. Memang begitulah selalunya dan rasanya, jika dikumpul bebelanku terhadapnya sudah boleh menimbus seluruh bandaraya Kuala Lumpur.

Terpaksalah juga aku bangkit mencapai tudung dan melangkah keluar. Malasnya nak turun tangga. Dari tingkat tiga ke bawah, berapa banyak anak-anak tangga yang harus aku langkah tetapi kalau aku tak turun, Zhafran tak akan berganjak dari situ. Perangainya kadang-kadang boleh buat aku sesak nafas.

Dari jauh, aku sudah nampak Satria hitam pekat miliknya terparkir di tempat biasa. Pernah aku bertanya, kenapa hitam? Dengan bersahaja dia menjawab ‘hitam itu menawan’. Aku sengih saja sebab tahu kereta itu bukan dia yang beli tetapi papanya yang belikan untuk dia kerana muncul sebagai top ten best student dalam peperiksaan SPM di sekolah kami.

Perlahan saja aku melangkah menghampirinya yang sedang berdiri berpeluk tubuh sambil bersandar pada kereta tersebut. Wajahnya nampak serius tapi pandangannya redup memandangku.

Sebaik aku menghampirinya, tiba-tiba saja jemarinya naik ke wajahku membuatkan aku segera melarikan kepala ke belakang dan tindakan refleksi membuatkan tanganku cepat saja menepis tangannya. Namun begitu, dia pula bertindak menggengam jemariku dan sebelum sempat aku berbuat apa-apa, sebelah lagi telapak tangannya sudah melekat di dahiku.

Semua yang berlaku itu pantas sekali, seperti pancaran kilat membelah bumi dan cahayanya tembus ke hatiku menjadikan ianya bergetaran bak permukaan gendang yang dipalu kuat. Aneh! Aku tidak pernah merasai keanehan itu. Kenapa tiba-tiba ada rasa sebegitu selepas berpuluh tahun aku mengenalinya?

"Apa hal kau ni?" Aku terjerit kecil mengimbangi rasa terkejut dan melindungi getaran di hati. Pantas jemari aku tarik dari genggamannya dan tangannya yang melekat di dahiku sudahpun dialihkan.

"Fatin cakap kau tak sihat. Tak panas pun." Dia menyengih seperti selalunya.

Oh! Itu rupanya. Pastilah roomateku, si Fatin tu sudah mencanang cerita dan Zhafran pula tidak pernah bertangguh jika tahu aku sedang sakit atau menghadapi kesusahan. Itulah satu-satunya sifat dia yang sering membuatkan aku terharu sejak dulu sehinggalah sekarang.

Pernah suatu ketika aku baru memasuki matrikulasi di kulim dulu, dia sanggup memandu ke sana di malam buta setelah mengetahui aku demam teruk kerana homesick. Abah dan ibuku pun hanya ketawa saja apabila aku menangis di talian mengatakan aku rindukan mereka dan rumah kami tetapi dia pula, sebaik mendengar tangisanku, sudah menggelabah mengalahkan mendapat berita gempa bumi akan melanda.

"Tak sihat tu tak semestinya demam." ucapku perlahan sekali sambil melarikan wajah dari terus menjadi tatapan matanya.

"Habis tu...." bicaranya mati di situ.

"Ooo.. Aku tahu, lupa pulak sekarang dah hujung bulan. Kau mesti datang bulan dan senggugutkan?" sambungnya lagi membuatkan wajahku terus menjadi pijar.

"Isk!" aku mengetap bibir. Dia ni memang la, semua hal aku dia tahu termasuklah perkara-perkara dalam kain sekali. Tak suka betul!

"Dah makan ubat?" soalnya pula.

"Dahhh.." panjang jawapanku dengan wajah yang masih aku larikan, pura-pura memandang ke arah sekumpulan siswi yang sedang bergelak ketawa di 'port lepak' yang terdapat di kolej kediaman kedua itu.

"Okey.. Kau pergilah rehat." ujarnya.

"Petang ni takde kelaskan?" soalnya pula dan aku hanya mengeleng. Tak perlu cakap apa-apa sebab dia juga memang tahu jadual kelasku.

"Pukul lima aku jemput kau."

"Nak ke mana?" pantas saja aku bertanya. Baru tadi suruh aku berehat tapi sekejap saja sudah lain pula perancangannya.

"Ikut ajelah."

"Aku malaslah nak keluarrrr...."

"Aku tak tanya kau rajin ke malas. Tepat pukul lima, aku tunggu kat sini." dia sudah mula menunjukkan perangai 'hitler'nya.

"Eee... Tak suka betul dengan perangai memaksa kau neh!" aku mendengus kuat namun dia hanya ketawa melihat reaksiku.

Dengan ketawa yang masih bersisa, dia terus masuk ke dalam kereta dan melambai tanda ingin beredar. Tak guna betul! Desis hatiku. Setiap kali kalau dia datang cari aku, bukan akan menyenangkan tetapi sering membuatkan aliran darahku mengalir laju naik ke muka.

Selepas keretanya hilang dari pandangan, aku kembali mengatur langkah masuk ke dalam. Di tepi tangga, aku bertembung dengan Fatin yang baru pulang dari kelas.

"Heh! Dah elok?" dia menegur. Mengenali dia semenjak di semester pertama, mulut becoknya sudah lali buatku.

"Bolehlah!" aku menjawab malas.

"Dari mana ni?" dia menyoal lagi ketika kami sama-sama melangkah memanjat anak tangga.

"Jumpa mamat Satria tu la. Yang kau pergi cakap kat dia tu siapa suruh."

"Erk? Dia sampai dulu dari aku? Pantas sungguh." dia pula seakan teruja. Macamlah dia tak tahu perangai mamat tu. Bukan sehari dua kami kenal malah sejak di semester pertama lagi dia sudah tahu keakraban aku dengan Zhafran dan sikap ambil berat Zhafran terhadapku.

"Kau dengan Zhafran memang betul ke tak ada apa-apa?" soalan seterusnya yang keluar dari bibir Fatin buatkan langkahku terhenti.

Aku pandang wajahnya, hairan kenapa dia tiba-tiba timbulkan persoalan ini sedangkan dia sudah lama tahu antara kami memang terikat dengan perkataan 'sahabat'. Memang ramai penghuni kampus ini beranggapan aku dengan Zhafran adalah pasangan bercinta tetapi bagi teman-teman rapat kami, ia memang jelas dan nyata. Aku dan Zhafran bersahabat sejak kecil.

"Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?" soalku kembali.

"Entah! Aku rasa, kau dengan dia memang sesuai jadi couple." ujar Fatin sambil meneruskan langkah yang turut terhenti

"Kalau aku couple dengan dia, mahunya ribut taufan melanda UM ni." aku senyum sendiri. Rasanya bukan saja ribut taufan tapi mungkin juga gempa bumi akan melanda jika aku ber'couple' dengan dia. Setiap kali berjumpa, ada saja benda yang nak digaduhkan. Dia selalu kata aku degil dan kuat melawan. Dia juga selalu kata aku ni bukan perempuan tetapi lelaki yang dilahirkan sebagai perempuan. Ada ke macam tu? Sebabnya kalau bertekak, kaki aku cepat saja naik menyepak betisnya.

"Kalau aku bukan kawan baik kau, memang aku tak percaya."

Aku angkat kening memandangnya.

"Caring giler..."

"Alaaa... Dia tu memang macam tu sejak dulu. Kami kan tinggal berjiran." entah untuk keberapa kali ayat itu aku ulang bukan hanya pada Fatin malah pada yang lain juga.

Aku ingat lagi, permulaannya sebab pembantu rumah kami tiba-tiba menghilangkan diri. Waktu itu, aku baru berusia lapan tahu dan keluarganya baru saja pindah berjiran dengan kami. Balik dari sekolah hari itu, aku lihat pintu pagar dan pintu tidak berkunci tetapi bila dipanggil-panggil, tiada sesiapa pun yang menyahut. Abah dan ibu memang bekerja dan along pula bersekolah petang. Puas mencari tetapi Kak Watini tidak aku temui. Kerana takut, aku berlari keluar dan menangis di bahu jalan.

Sebaik melihat aku, mama Zhafran terus mengajak masuk ke rumahnya dan terus menghubungi ibu. Ekoran dari itu, ibu terpaksa bercuti panjang kerana kesukaran mencari pembantu yang baru tetapi nasib baiklah mama Zhafran yang ketika itu memang suri rumah sepenuh masa menawarkan diri untuk menjagaku.

Sejak dari itu, rumah dialah tempat aku membesar. Pulang dari sekolah, rumah dialah tempat aku tuju. Makan minum tak usah cakap. Mama dia dah macam mama aku.

HKC - Prolog

Turun dari bas, aku terus berlari anak masuk ke dalam kawasan rumah Mama J. Cuaca yang panas terasa membahang dan membakar seluruh wajahku.

"Eh! Kau baru sampai ke?" Zhafran yang tiba-tiba muncul di muka pintu rumahnya terus menyapaku.

"Taklah! Dah berzaman aku melangut depan rumah kau." balasku bersahaja sambil melangkah ke arah rock chair yang terdapat di laman rumah tersebut.

Zhafran senyum mengejek melihat wajahku yang pastinya sudah kemerahan dibakar mentari. Peluh yang merenik di dahi aku seka menggunakan jari.

"Tu laaa.. Aku ajak naik motor kau tak nak, jual mahal konon." Selarnya sambil melabuhkan punggung di depanku.

"Dengan aku tak payahlah nak jual mahal, jual murah pun belum tentu aku nak beli." sambungnya lagi dengan wajah selamba.

"Heh! Kau ingat aku teringin sangat ke nak berurus niaga dengan kau?" bidasku dan dia hanya tergelak dengan reaksiku.

Geram sungguh aku dengan mulut jahatnya. Sehari kalau tak menyakitkan hatiku memang hidupnya tak sempurna.

"Naik motor dengan kau, baik lagi aku panjat bumbung bangunan sekolah dan terjun ke bawah. Dah sah-sah aku terus mati kat situ. Naik motor macam mat rempit, ada hati nak ajak orang bonceng kat belakang." Omelku membuatkan gelaknya makin kuat.

"Bawa laju-laju la best sebab kau tu penakut, nanti kau mesti peluk aku kuat-kuat." dia sambung gelak.

"Mangkuk!!!." aku terus terjerit sambil memukul lengannya.

Mengingati peristiwa setahun yang lepas, wajahku terus berubah warna. Waktu itu, Zhafran yang lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR telah dihadiahkan sebuah motosikal oleh papanya. Walau tanpa lesen memandu, dia dengan berlagaknya menunggang motor tersebut ke sekolah yang terletak dua kilometer dari rumah kami dan ketika pulang, dia telah mengajak aku untuk memboncengnya.

Mulanya aku sedikit ragu-ragu tetapi dia pula bagai memaksa. Tidak kusangka dia sebenarnya sengaja ingin mengenakan aku dengan menunggang melebihi had laju. Aku yang ketakutan terus terjerit sepanjang jalan sambil memelukknya erat namun, dia hanya tergelak kuat melihat pucat wajahku ketika sampai di depan pagar rumahnya.

Waktu itu, pelbagai sumpah seranah keluar dari mulutku dan dari saat itu jugalah aku bersumpah tidak akan sesekali membonceng motosikalnya.

“Zhaf! Mari makan, ajak Lya sekali.” mama Zhafran yang aku panggil Mama J tiba-tiba muncul di muka pintu terus memanggil kami makan.

“Eee.. tak malu, asyik makan kat rumah orang aje.” Zhafran mengejek dan aku sudah lali dengan ejekannya itu. Sejak usiaku sepuluh tahun, inilah rumah yang akan aku tuju sebaik pulang dari sekolah.

“Macam tak ada rumah sendiri.” omelnya lagi sambil bangkit berdiri, bersedia untuk masuk ke dalam rumahnya.

“Zhaf! Tak elok cakap macam tu, kecik hati Lya nanti.” Mama J menegur.

“Kecil hati?” Zhafran ketawa kuat.

“Lya ni mana tahu kecik hati ma. Dia ni mana ada hati, kalau ada pun cuma besar ni jer.” Dia bersuara sambil menunjukkan hujung jari kelingkingnya ke arah mamanya.

“Isk! Budak ni.” Mama J menepuk bahu anak bujangnya yang sedang melintas di depannya.

“Lya… mari makan nak. Tak usah pedulikan si Zhaf tu, dia memang macam tu.” Mama J bagai memujukku sambil menggamit aku masuk ke dalam rumah.

Aku cuma sengih. Ya! Zhafran memang begitu. Bagi dia, aku ini manusia yang tidak punya hati dan tentunya tidak tahu bagaimana rasanya kecil hati dari dulu hinggalah ke hari ini.

Hari Minggu...

Teruk sangat ke kalau kena kerja hari minggu? aimie, aku tahu ko pun kerja gak hari minggu, so tolong jawabkan soalan aku ni....

Kenapa aku tanya soalan cenggini?

Sebab, ari ni (kira semalam la sbb masa aku menulis N3 ni dah pukul 12.30 malam), masa aku keluar lif nak ke tempat kerja, terserempak dengan jiran tetangga. Dengan nada terkejutnya dia tanya "Eh! kerja ke?"

Aku jawab "Ya!"

Dia dengan muka terkejut beruk macam melatah terus kata "Ya Allah! hari minggu pun kerja ke?"

Aku tak jawab tapi senyum sambil angguk kepala. Dalam hati aku kata, takkanlah terkejut sampai macam tu. Aku sorang jer ke yang kerja hari minggu tinggal kat sini? Dah lebih 5 tahun aku duk sini, takkan tak tahu aku selalu kerja hari minggu dan public holiday? Oh! lupa, aku ni kan jenis yang tak campur dengan orang. Bukan apa, tak nak kumpul dosa percuma mengumpat dan bercakap benda yang tak memberi faedah.

Cuba fikir, kalau tak ada orang yang kerja hari minggu, kalau semua tempat tutup dan semua kenderaan awam tak jalan, apa akan jadi? Tentulah semua orang mesti duduk rumah jer. So, orang yang sanggup bertungkus lumus kerja hari minggu dan public holiday nilah yang harus diberi pujian (chewah!) kerana tanpa mereka, apa yang akan jadi pada dunia?

Oh! cukuplah sampai situ ceramah motivasi aku. Tutup kes! aku malas nak ambil peduli apa orang nak kata.

Ok.. aku nak buka cerita lain pulak.

Tadi, masa balik dari luch, tetiba datang idea untuk HKC. Sebab nak cepat, aku terus amik pen dan kertas, terus conteng2 ringkasan apa yang 'ternampak' di mindaku. Cadangnya, balik nanti nak kembangkan jadi satu bab.(cam tulah caranya aku menulis, sbb ramai yg tanya masa bila aku menulis dan camana blh dpt idea).

Nak dijadikan cerita sedih, selesai tulis, ada pula staff datang jumpa then lepas tu terus jadi sibuk ke hulu ke hilir, langsung jadi lupa pada catitan yang aku tulis tu.
Time nak balik, dah keluar dari office baru teringat semula. Malas nak naik semula, aku cuba igt balik idea tadi supaya bila sampai rumah boleh terus taip ke laptop tapi langsung tak ingat.
Tak ada pilihan, aku naik semula ke office tetapi malangnya, kertas tu pula hilang entah ke mana. Dekat sepuluh kali la aku korek2 laci dan handbag tapi tak jumpa..huhuhu... aku dah nak nangis sebabnya aku langsung dah tak boleh ingat, langsung lupa walaupun satu point.

Tak puas hati, aku cari kat luar office, ke hulu ke hilir belek sana belek sini sampai ada yang menegur aku cari apa tapi aku tak jawab pun sebab aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya yang aku cari, secebis kertas atau segumpal sampah..:)) jadi, aku senyum saja.

Sampah! aku cepat-cepat pegi jenguk tong sampah dalam bilik office aku tapi dah kosong. Kebetulan ada budak cleaner tengah sapu sampah depan bilik, so aku wat muka tak malu tanya dia ada tak nampak kertas kecil sebanyak 4 helai yang ada conteng-conteng jatuh kat lantai. Dia kata tak jumpa.
Sekali lagi, aku wat muka tak malu tanya mana dia buang sampah yang dalam tong sampah kat bilik aku.
Dia terus bawa aku tunjuk depan lif kargo ada satu plastik besar yang penuh dengan sampah. Aku wat muka tak malu lagi bersama dia korek2 plastik tersebut then, akhirnya... ya! akhirnya aku jumpa..yehaaaa!!!....rupa2nya aku dah tergumpal menjadikan ia sebagai sampah..oh! sadisnya...

Dan.. malam ni aku abadikan bab tersebut ke dalam HKC. Suatu hari nanti, aku akan beritahu, bab mana yang 'menguji' aku sampai terpaksa korek sampah hari ini.(kalau aku lupa, ramai-ramai pakat nyanyi lagu Ana Rafali - tolong ingatkan aku)

Satu pengajaran : Anugerah Tuhan, tak semua orang akan dapat. Tapi, apabila DIA memberi, jarang sekali akan diulang berkali-kali walaupun kita meminta dan memohonnya. Sebab itulah, kekadang duduk depan laptop berjam-jam tetapi sepatah haram pun tak mampu nak taip. Sebabnya, idea tak datang. Sebanya, Tuhan tak beri idea. Sebabnya, mungkin Tuhan menginginkan kita melakukan benda lain selain dari menaip. Tapi, malam ni, dah hampir jam 2 pagi, aku masih menaip. Esok nak kerja lagi...Arrgghhh...

Catitan di hari cuti...

Kelmarin aku cuti. Cadangnya nak sambung skrip HKC tapi alih-alih benda lain yang aku buat. Nak tahu, tetiba jer aku merajinkan diri menukar pattern langsir. Kebetulannya ada lebihan kain dan renda yang dah lama aku peram.

Maka, seharian tu aku mengadap mesin jahit, panjat2 untuk ukur panjang dan lebar, terbongkok2 menggunting dan menjahit dan hasilnya...

Walaupun tak cantik tapi okey la untuk aku yang tak pernah pergi kelas menjahit dan tak pernah belajar menjahit langsir.

Entah camana aku boleh terjahit cam tu. Memula tu aku pejam mata then bayangkan aku nak bentuk camana. Lepas tu aku amik kerta dan pensil, aku lukis. Wah! cam arkitek pulak (dulu tu ada gak cita2 nak jadi arkitek tapi otak tak berapa pandai) lepas tu gunting dan jahit .

Masa aku tgh kusyuk menjahit, hubby kata lapar. Aku kata malas nak masak sebab nak siapkan menjahit. So, aku suruh dia pegi beli lauk then masak nasi. Dia kata malas nak turun. Dia jenguk periuk, ada nasi lebih semalam. Dia pun goreng nasi.

Dah siap jahit, aku terus gantung. Lepas tu aku paksa hubby puji cantik dan bagi markah. Klu tak, aku tak nak cakap dengan dia. Maka, terpaksalah dia kata cantik....hahaha.. markahnya 9.5/10.

Lepas tu, dia paksa pula aku makan nasi goreng yang dia buat then paksa aku puji masakan dia...hahahah..bengong!..aku bagi 9/10.... sedap gak nasi goreng perisa telor dan bilis tumbuk. Entah mana dia belajar sebab aku tak pernah masak camtu.


Hari sebelum tu, aku beli pasu bunga then aku korek2 bunga yang dah lama aku simpan kat atas almari(untuk pengetahuan, aku ni suka membeli tetapi suka perap atas almari). Lepas tu, aku cuba la bakat menggubah bunga. Dan hasilnya...

Bolehlah bagi aku yang tangan takde seni ni. Ranting dengan pasu tu aku baru beli, tpi bunga tu rasanya dua tahun lepas..hahahha...

Hubby telek2 ranting tu. Dia tanya plastik ke apa. Aku kata ranting kayu la. Dia tak percaya ada jugak orang jual ranting kayu. Isk! ktinggalan zaman betul la dia tu.

Yang ni pun aku paksa dia puji. Masa aku gubah tu, dia sampai tertidur-tidur kat atas sofa tunggu aku. Masa tu dah pukul 12.30 tgh malam. Mmm.. nasib la dapat isteri tak betul macam aku....hahaha... Tapi, dalam mamai2 pun, dia boleh juga cakap cantik.

p/s: Esoknya, aku terpaksa bercuti lagi satu hari sebab sakit belakang dan lenguh-lenguh mungkin kerana panjat2 dan menjahit. Manja betul!


Okey, dah abis cerita hasil tangan aku. Ni pula aku nak cerita pasal kisah tragis tentang gambar di bawah ni.


Kabinet ni aku baru beli, kecil dan murah jer. Cash & carry kat kedai perabot depan pasar borong selangor....

Yang aku nak cerita bukanlah pasal kabinet tu tapi kisah tragis kedai perabot tu. Tak sampai seminggu aku beli kabinet tu, tetiba kedai perabot yang besar dan gah tu hangus dijilat api dalam sekelip mata.

Entah apa puncanya, tetiba kedai tersebut terbakar dan aku menangis dalam hati...huhuhu.. Sebabnya, aku baru jer tinjau2 perabot kat dalam tu yang sumenya mahal2 nak mampus. Kalaulah aku tahu kedai tu nak 'dibakar', aku mintak satu set sofa free dari tauke dia. Tak pun, kalau tak dapat sofa, dapat karpet harimau bintang yang terhampar cantik kat depan sofa tu pun cukuplah(Persoalannya, nak ke tauke tu bagi kat aku yang dia tak kenal batang idung ni?..hehehehe)


p/s : cerita merapu untuk selingan sebab tak ada idea nak menulis.

Hanya Kerana Cinta 2

Tagline :

'Andai hati berbisik cinta, bolehkah bibir berkata tidak?'


Review:

Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki tetapi tersalah dilahirkan sebagai perempuan.

Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia.

Kata Nurin, dia tidak mahu Zhafran rapat dengan Lya walau hanya untuk bertemu sebagai sahabat.

Kata Hareez, Lya perempuan selekeh yang tidak sesuai dengannya. Walau mati hidup semula pun dia tak mungkin terima Lya.

Tapi kata Lya.... pinggan tak retak, nasi tak dingin, kalau orang tak hendak dia lagi tak hingin. Untuk terima lelaki seperti Hareez, dia sanggup lagi mati di tali gantung.

Namun, apa akan jadi kalau nanti mereka semua terpaksa menelan kembali kata-kata sendiri?

Kadangkala, kuasa memilih bukan di tangan kita tetapi tidak semestinya kita harus mati saat takdir menetapkan pilihannya.


Hanya Kerana Cinta

Nak tahu kenapa aku buat N3 ni tajuknya 'Hanya Kerana Cinta'?

Ia ada kaitannya dengan lelaki yang bernama Zhafran dan wanita yang bernama Lya.

Siapa Zhafran dan Siapa Lya, nanti aku cerita kemudian.

Yang pasti, mereka berdua sahabat akrab.

Tapi.....

Nanti aku sambung ceritanya apabila reda demam HSC...

Review HSC...

Belum pun sampai sebulan HSC berada di pasaran, sudah ada beberapa orang yang review. Terima kasih pada yang sudi beli, baca & rajin pula wat review serta memberi komen yang membina.

Di bawah ni aku copy n paste untuk dikongsi bersama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini dari AlongSite(Rinn)..Sorry Rinn sebab tak minta izin dulu..:))


ReviewReviewReviewHarga Sebuah CintaFeb 2, '11 2:45 AM
for everyone
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hani Fazuha
Harga Sebuah Cinta
Penulis: Hani Fazuha
Editor: Ruzita Awaludin
RM18.00
sbh /sarawak Rm21.00
451 mukasurat


"Kenapa masih ada rindu di saat hati ingin melupakan?"


Kalau nama Zhafir tidak disebut di awal cerita, mgkin watak itu tidak diberi perhatian sangat dari awal cerita. Fea gadis biasa tetapi menarik. Dia telah menarik hati Arman tetapi cinta mereka ditentang ibu Arman sehingga Fea dan ibunya yg bekerja sbg pembantu rumah dihalau keluar dari rumah Arman.


Persahabatan dgn Zura menemukan Fea dgn umi, Ikmal dan Zhafir. Ikmal tidak menyembunyikan rasa sukanya kpd Ikmal tetapi itu tidak disenangi bapa Zura kerana Ikmal sudah bersetuju utk menerima Nisha dan menggabungkan dua syarikat besar dalam urusniaga mereka. Zhafir juga sering meluahkan pendapatnya tentang kecantikan Fea yg sekali sekala terserlah membuatkan Fea sudah kurang senang berada di rumah Zura. Dunia pekerjaan menemukan dia semula dgn Arman yg masih menyintainya. Zura kelihatan akrab dgn Arman dan Zhafir sentiasa mengingatkan dia Arman lebih layak dgn Zura. Aku setuju dgn tindakan Fea tidak memilih Arman kerana mak Arman tu memang tak suka langsung kat dia. Tapi Fea tak dapat menolak perasaan cintanya yg masih mekar buat Arman.


Zhafir dijadikan jalan keluar utknya. Dia mengahwini Zhafir utk membuka mata Ikhmal menerima Nisha dan mahu Arman menerima Zura sbg ganti. Fea meletakkan berberapa syarat kepada Zhafir tetapi Zhafir menerimanya seadanya tanpa sebarang syarat. Fea takut dgn perasaannya sendiri yg semakin melepaskan Arman dari kenangan kerana Zhafir adalah seorg suami yg sangat penyayang dan bertimbang rasa.


Keyakinan Zhafir pada Fea teruji dgn hubungan kerja antara Arman dan Fea. Dia tak dapat menolak rasa cemburu yg melanda. Cinta yg mula berputik dilanda ujian yg menguji cinta mereka. Masa ni la Jesica pulak muncul kembali membuat Fea pulak dilanda cemburu dan syak wasangka.


Kisah Fea dalam membuat pilihan pasangan hidupnya memang menjadi teka teki menarik utk kita ikuti. Zhafir memang seorg yg caring dan tidak terlalu menonjol diri ketika Arman dan Ikmal sibuk mempromote kan diri pada Fea. Dalam keadaan low profile tu dia sempat juga memunculkan diri sbg penyelamat dan pelindung Fea. Kisah yg menarik tetapi penceritaan yg agak detail tentang perlakuan Fea-Zhafir aku rasakan tidak perlu. Tak sangka Zura seorg yg sangat bertimbang rasa dan berfikiran positif. Penerimaan positif Zura terhadap pengakuan Arman yg cintakan Fea membuat Zura terharu dgn pengorbanan Fea utknya.


Walaupun kisah ini lebih simple berbanding Bebunga Kasih, tapi aku lebih suka citer ni yg terasa lebih kemas walaupun mcm jalan ceritanya sangat control ayu :)


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside@multiply/ sinopsis


Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dgn titis air mata?


Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yg menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.


Perkenalan Fea dgn Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yg menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.


Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yg telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat utk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir2 dia terhenyak duduk tidak berdaya.


Dlm kekalutan, Zhafir tiba2 menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafirr, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata utk mendptkan haknya sbg suami?


Ada apa pada gadis biasa sptnya sehingga byk hati yg harus terluka?

*******************************

Ni pula dari Dunia Novel (Adhan/Jihan)

Thursday, January 27, 2011

DN Review - Cabaran 50 Novel : (2) Harga Sebuah Cinta - Hani Fazuha

* gambar diambil dari blog hani fazuha *

` Novel ketiga Hani Fazuha ini berkisar tentang percintaan, persahabatan, kesetiaan, keegoan dan darjat keturunan...

` Harga Sebuah Cinta (HSC) ni macam mana cerita dia? Ceritanya macam ni....kasih Fea dan Arman terputus di tengah jalan lantaran kedudukan keluarga mereka yang jauh berbeza, bagai langit dan bumi...Fea merupakan anak kepada seorang wanita yang bekerja sebagai orang gaji manakala Arman pula adalah anak kepada seorang wanita yang berdarjat tinggi...atas sebab itu perhubungan mereka tidak direstui oleh emak Arman yang mementingkan darjat dan keturunan...Fea amat kecewa dengan sikap Arman yang langsung tidak mempertahankan perhubungan mereka...akhirnya mereka terpisah..jauh...Masa berlalu..perkenalan Fea dengan Zura telah menemukan Fea dengan Ikmal...Ikmal yang dianggap seperti abang kandung oleh Zura menyukai Fea dalam diam namun Fea hanya melayan Ikmal tidak lebih dari seorang kawan kerana dia masih terikat dengan janji yang dibuat bersama Arman satu ketika dulu...tanpa Fea atau Zura duga, persahabatan mereka diuji...kemunculan Arman sebagai kekasih Zura benar-benar membuat Fea tertekan dan dalam masa yang sama muncul Zhafir yang menjadikan kehidupan Fea bertambah rumit...apa yang telah Fea lakukan kepada lelaki-lelaki itu sehingga hidupnya jadi kucar-kacir? *kalau nak tau kena beli sendiri..kalau bagitau nanti tak best la kan hehehe*

` Aku suka HSC...cerita ni memang masuk dengan jiwa aku dan tak sia-sia lah aku jadi tak sabar-sabar nak dapatkan HSC sehingga sanggup ambil sendiri dari penulisnya (Hani Fazuha)...jalan cerita mudah difahami..takde part yang tunggang terbalik tetapi ada beberapa kesilapan ejaan *biasa la tu*...aku menyampah dengan Zhafir..macam bagus-bagus..rasa macam nak ketuk-ketuk je dia tu...aku kesian kat Ikmal , Arman dan Fea. *kenapa kesian? baca sendiri hehehe*...dalam masa yang sama, aku 'tabik spring' kat Fea sebab dia memang betul-betul pentingkan persahabatan walaupun dalam masa yang sama dia nak pertahankan kesetiaan dia...ada juga part 'air-mata'...walaupun air mata yang keluar tu takde la 'banjir' tapi aku tetap menangis membacanya...puas juga aku tahan supaya air mata tak mengalir tapi tak bole..aku 'meletakkan' diri aku dalam 'diri Fea' jadi aku sedih dengan apa yang berlaku..*kat mana yang aku menangis tu? cari sendiri hehehe tapi kalau korang ratu air mata sila sediakan tisu atau sapu tangan untuk lap air mata ye..aku tak sediakan apa-apa jadi aku biarkan je air mata mengalir*..

` Moral of the story...

(1) Jangan pandang rendah pada seseorang...tak semestinya kita lebih senang dari dia, maka kita boleh hina atau pandang rendah pada orang yang tak bernasib baik macam kita...

(2) Berani menyuarakan atau mempertahankan hak kita terutamanya kalau kita berada di pihak yang benar

(3) Kalau kita suka atau sayang pada seseorang, jangan la berlagak atau egoi tinggi sangat...berterus-terang lebih mudah..takde sesiapa yang akan salah faham

(4) Siasat dulu tentang apa juga berita atau perkara yang kita dengar, jangan main 'terjah' tak tentu hala

(5) Berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan supaya tidak menyesal kemudian

(6) Belajar menerima hakikat sekiranya berlaku sesuatu kepada kita

(7) Berbincang dan bertolak ansur bagi memastikan hubungan yang dijalinkan berkekalan

` Tahniah kepada Hani Fazuha...saya suka novel ni..best...teruskan menulis...sorry kalau ada ayata-ayat di atas ni buat awak tersinggung atau terasa hati....

p/s: saya suka ending dia tu...puas hati...

kategori: tak boleh letak
..

****************************************

Dan ni pula aku jumpa dalam forum.cari... review dari missoreo14. Terkejut juga sebab aku memang tak kenal dia tapi bila godek2 blog dia, baru tahu rupanya dia salah seorang follower kat blog aku..huhuhu... Terima kasih missoreo/Mrs WhiteBerry kerana sudi beli, baca & wat review sekali...

Harga sebuah cinta - Hani Fazuha |Review


novel nih aku bce dlm tempoh 12 jam sahaje..bley di kategory sbg edisi susah nak letak..
Ini adlh sbh cerita Cinta 3 segi..dimane 3 org lelaki telah jatuh cinta pada seorang gadis biasa..tetapi siapakah pilihan Hanisofea..jom bce review aku ckit..

Fea gadis biasa- tidak cantik mane..hny anak kpd org gaji dirumah ibu bapa Arman..tetapi peribadi Fea telah berjaye memikat hati Arman sehinggakn mereka berpacaran ttp sygnye hubungan mereka ditentang oleh ibu Arman..dan kemudian mereka terpisah slm 6 thn..dlm tempoh itu Fea berkawan baik dgn Zura ketika belajar di Universiti..pershbtan dgn Zura membuatkan Fea juge rapat dgn family Zura..sehinggakn selepas tamat belajar Fea telah ditawarkan bekerja dgn sykt keluarga Zura..

selepas 6 thn itu, Arman pula tibe² muncul kembali di hadapan Fea..tp kemunculannya hny menambah luka dihati Fea apabila dia sedar Arman rupnye kawan baik kpd Zhafir iaitu abg Zura dan Arman lah lelaki yg selama ini menjadi pujaan hati kawan baikknya Zura..kepulangan Arman yg menuntut kasih mereka bertaut kembali meletakkan Fea dlm situasi yg serba salah..antara sahabat dan cinta hatinye..??

ttp selepas untuk kali ke2 ibu Arman tetap tdk mahu menerimanya..Fea nekad untuk membuang cinta terhadap Arman jauh²..dan menerima lamaran Ikmal yg dlm diam berminat menjadikan Fea suri hidupnya..ttp family Ikmal membantah krn mrk tetap mahu menjodohkan Ikmal dgn teman wanitanya iaitu Nisha..

tanpa ade pilihan Fea terpakse memilih Zhafir yg tbe² muncul sbg hero..utk meyelamatkan hubungan Arman dan Zura..Fea sanggup berkorban dgn menerima Zhafir sebagai suaminya...tetapi bahagiakah rumahtangga mereka tanpa cinta???

Ok..ok..ok.. full stop! sile dptkan novel ini ye klo nk tau ending Fea & Zhafir..
x pon korang leh bce je kat blog Hani Fazuha sendiri..
walaupon endingnye agak biasa dgn ending citer lain..
which is kawin tanpa cinta than nnt akn jatuh cinta..bla bla bla
tapi jalan cerite nye best la!! aku rate 4.5/5..
x membosankan dan korang sure x nak letak novel nih..
As usual happy ending story mmg favaret aku!!