Fish

FOLLOWERS

CDH - Bab 1

Kembali duduk dikerusi empuk itu setelah tiga tahun meninggalkannya, Hareez seperti hilang punca dan tidak tahu dari mana harus dimulakan. Walaupun semua yang ada di bilik pejabat itu masih sama dan tidak berubah seperti kali terakhir dia mengambil keputusan untuk ke luar negara dulu, ianya seperti sudah menjadi asing baginya. Mungkin juga hatinya masih belum bersedia untuk kembali duduk di situ.

“Reez, papa admit kat hospital. Baliklah Rezzzzz....” Sebaris berita yang disampaikan mama dalam esak tangisnya itulah yang telah membawa dia kembali ke sini sebelum sempat menghabiskan pengajiannya.

“Papa dah tak kuat Reez. Papa perlukan anak-anak papa untuk membantu. Papa tak mahu Danau Cristal yang papa usahakan dengan titik peluh sendiri berkubur begitu saja.” Suara lemah papa bernada rayuan itu telah mengikat kakinya untuk terus berpijak di bumi Malaysia ini dan sekaligus melupakan hasratnya untuk terus menimba ilmu di bumi Ratu. Kerana itu juga, setelah sebulan merehatkan diri di rumah, dia kembali menjejakkan kaki ke pejabat ini.

Ikutkan hati, dia masih belum bersedia. Ya! hatinya belum cukup kuat untuk berdepan dengan Lya setiap hari. Tiga tahun dia tidak pernah pulang ke Malaysia dan tiga tahun itu masih belum cukup untuk dia melupakan seraut wajah bernama Lyana Amira.

“Melarikan diri bukan cara terbaik untuk melupakan seseorang.” Kata nasihat teman serumahnya sewaktu di luar negara itu diakui kebenarannya saat ini. Menatap seraut wajah lembut milik Lya, hatinya seperti disimbah asid menjadikan permukaanya berubah rupa dan bentuk. Melihat kemesraan wanita itu bersama Zhafran yang tertayang di depan mata, jiwa lelakinya bagai dicarik belati tajam. Sakitnya, tiada perkataan untuk digambarkan.

Semua itu sudah cukup untuk menjadikan hatinya tawar tanpa rasa untuk terus menetap di Malaysia. Tetapi, melihatkan papanya yang tidak sekuat dulu setelah diserang Minor stroke, dia terpaksa mengunci kejap pintu hatinya dengan mangga yang paling besar supaya seluruh rasa yang bertebaran di dalamnya tidak mampu mengintai keluar.

Nafasnya ditarik panjang. Dari duduk, Hareez berdiri berpeluk tubuh memandang ke luar. Dinding kaca yang mengelilingi biliknya itu membolehkan dia melihat pemandangan indah di luar sana.

Seketika berdiri di situ, dia melangkah perlahan ke arah dinding kaca yang bertentangan. Langsir yang menutupi keseluruhan dinding tersebut diselak sedikit untuk melihat suasana di dalam ruang pejabat pula.

Saat itulah pandangan matanya menangkap bayangan Lya yang melintasi pejabatnya. Lenggok Lya yang nampak indah di mata lelakinya itu menjadikan dadanya sesak dengan pelbagai rasa. Hatinya seperti dicuit dan jiwanya mula terusik. Walau sudah mempunyai seorang anak, badan Lya tetap langsing. Tubuh tinggi lepas itu nampak padan dengan apa saja yang dipakainya. Cantik! Kecantikan yang asli itulah yang membuatkan hatinya terpaut.

Astaghafirullahalazimmmm....
Panjang dia beristifar setelah sedar akan khilaf sendiri. Sedar akan dosa yang dicipta kerana mendambakan wanita yang berstatus isteri orang apatah lagi isteri adik sendiri. Pantas langsir yang terselak itu ditutup kembali. Pantas juga kakinya melangkah menuju ke kerusi dan duduk di situ.

Baru saja nafas yang tersekat tadi kembali berjalan lancar, pintu biliknya diketuk dari luar.

“Masuk.” Lemah saja suaranya memberi arahan dan serentak itu wajah yang cuba ingin dielaknya muncul di muka pintu.

Senyuman Lya buatkan Hareez terpaku di kerusinya. Dia hanya mampu memandang langkah Lya yang tersusun masuk menghampiri mejanya.

“Boleh I duduk?”

“Hah!” Hareez bagaikan baru tersedar dari lena saat mendengar pemintaan Lya itu. Rupanya Lya sudah berdiri di depan mejanya. Pantas dia menghulurkan senyuman bersama isyarat tangan agar Lya duduk.

“Papa minta I brief you tentang akaun syarikat dan juga projek yang masih dalam proses.” Lya bersuara sambil meletakkan file yang dibawa ke atas meja. Terasa janggal tetapi dia cuba untuk berlagak biasa. Kembali berurusan dengan Hareez setelah tiga tahun tidak bersua muka, banyak yang sudah berubah. Hareez yang dia kenal dulu jauh bezanya dengan Hareez yang duduk di depannya saat ini. Kalau ditanya kata hati, dia lebih sukakan Hareez yang dulu, yang selalu agresif dalam semua perkara termasuklah tentang soal hati dan perasaan. Melihat Hareez hari ini, hatinya jadi tidak tenteram. Salah diakah yang menjadikan Hareez seorang pendiam?

Hareez mengangguk perlahan petanda memberi kebenaran untuk Lya memulakan briefingnya. Dia tahu, sepanjang ketiadaannya selama ini, Lyalah yang banyak membantu papa. Dari apa yang diceritakan papanya, dia jadi kagum dengan kebolehan Lya yang bukan saja menguruskan akaun syarikat tetapi juga mengambil alih tugas-tugas yang ditinggalkannya.

Seharusnya Lya sudah layak duduk di kerusinya sebagai Timbalan Pengarah tetapi sikap rendah diri seorang Lya memang tidak pernah hilang dari dirinya. Lantas, ada rasa bersalah terbit di hati. Sebagai anak, seharusnya dia dan Zhafran yang memikul tanggungjawab tersebut tetapi kerana mengikut kata hati, dia begitu tega meninggalkan papanya menguruskan syarikat sendirian. Zhafran pula masih terikat kontraknya dengan syarikat tempat dia bekerja kerana menerima biasiswa syarikat untuk melanjutkan pelajaran sambil bekerja.

Melihat anggukkan Hareez, Lya terus membuka fail akaun syarikat yang sudah terletak di atas meja. Mulutnya terus berkata-kata menjelaskan satu persatu apa yang seharusnya Hareez tahu.

Cuba untuk fokus, itulah yang Hareez lakukan walau sebenarnya getaran di hatinya lebih kuat dari gelombang dimindanya. Melihat jemari runcing Lya yang berlari-lari di atas helaian kerta menunjukkan angka-angka yang bertaip kemas itu sudah cukup untuk membuatkan nafasnya kembali menjadi sesak. Dulu... suatu ketika dulu, dia pernah mengimpikan untuk membelai jemari itu tetapi malangnya impiannya itu tidak kesampaian dan dia tahu sampai bila-bila pun impiannya itu tidak mungkin akan kesampaian.

Sedang minda dan hatinya berperang sesama sendiri, dia dikejutkan dengan deringan telefon bimbit Lya. Serentak itu, bicara Lya terus terhenti dan jemarinya bergerak menarik telefonnya yang diselitkan di poket seluar slack yang dipakai.

“Sekejap ya.” Sopan Lya memohon untuk menjawab panggilan tersebut setelah melihat nama Zhafran yang tertera di skrin.

“Assalamualaikum abang... Lya tengah ada discussion, nanti Lya call abang balik yer.” Lembut alunan suara Lya menjawab panggilan tersebut bersama senyuman mekar di bibir.

Pantas Hareez kalihkan pandangannya ke sisi. Rasa cemburu yang cuba dibungkus kemas sudah mula mengintai keluar. Ah! alangkah bahagianya kalau dia berada di tempat Zhafran.

“Okey, bye!” suara penamat perbualan itu memanggil Hareez kembali berpaling ke arah Lya.

“I love you too.” Ucapan terakhir Lya sebelum menekan butang merah di telefonnya terus membuatkan mata Hareez terpejam rapat menahan sakit. Ya! sakit yang tidak mungkin mampu dilihat oleh sesiapa pun.

“Reez...sorry, boleh kita sambung?” Suara Lya memanggil Hareez membuka matanya. Tidak mengangguk dan tidak juga mengeleng, hanya matanya melekat ke wajah Lya.

Melihat tingkah pelik Hareez, Lya diserang gelisah. Dia bimbang jika sejarah lama berulang kembali. Sejak kepulangan Hareez sebulan yang lalu, rasa bimbangnya tidak pernah surut apatah lagi bila dia harus berdepan lagi dengan lelaki ini setiap hari di pejabat.

“You bahagia?” soalan Hareez yang tiba-tiba melencong topik itu makin menguatkan rasa bimbang di hati Lya. Saat yang sama, pesanan dan syarat Zhafran bagai menekan seluruh perasaannya.

“Abang benarkan Lya terus bekerja di Danau Crystal tetapi dengan satu syarat....” bicara Zhafran minggu lalu terimbas diingatannya.

“Jarakkan diri dari Hareez. Jangan sampai abang dengar sesuatu yang tidak elok dari mulut orang lain. Jika itu berlaku, abang takkan maafkan.” Sambung Zhafran lagi. Serius wajahnya seiring dengan nada yang keluar dari bibirnya.

“Tapi bang...”

“No! tak ada tapi-tapi. Take it or... resign, duduk rumah jaga makan pakai abang dan anak-anak.” Tegas Zhafran memintas.

“Bang, kita cuma ada satu anak. Tak sesuai perkataan anak-anak tu, macam ramai jer.” Lya menegur tetapi Zhafran pula tersenyum nakal.

“Malam ni kita buat lagi satu, nak tak?” Zhafran sudah melalut ke arah lain. Moodnya tiba-tiba sudah berubah. Seperti selalu, perangai nakalnya tak pernah berubah.

“Lya?” Suara Hareez mengejutkan Lya dari lamunan.

“Ya, I sangat bahagia.” Spontan jawapan itu keluar dari bibir Lya. Benar.. dia cukup bahagia. Jika ada perkataan lain selain dari bahagia, dia ingin meminjam perkataan itu untuk menggabarkan rasa hatinya. Betapa dia cukup bahagia hidup bersama Zhafran.

Hareez tarik nafas panjang. Entah kenapa dia masih ingin bertanyakan soalan itu sedang hakikat sebenarnya dia telah tahu. Melihat kemesraan dan keceriaan di wajah mereka berdua sudah cukup untuk memberitahu tentang bahagia yang berada disekeliling mereka.

Ah! Rasa hati ini perlu dibalut lagi dengan lapisan yang tebal-tebal supaya getarannya tidak mampu dikesan. Biarlah hanya dia yang merasai betapa dasyatnya getaran yang melanda hatinya.

12 comments:

[rania firdaus] said...

kak hani laling, jgn biar sy jatuh chenta kat hareez... =p

hanifazuha said...

Rania sayang... minta maaf yer, kali ni semua orang akan jatuh terguling-guling sukakan Hareez.

yanie azyani said...

wah kak hani...smbungan citer HKC...citer psal Hareez plak ek....kesian ngn Hareez...biarkn Hareez bahagia plak kak....x pn,biar yanie jela kawin ngn Hareez...hahahha...^^

mizan said...

hani siapkan novel cdh dulu ye?bestnya...

DLa said...

ahah...hareez dah kembali...
Lya ngan Zhaf still romantika d amor..keh3 suke2

Tie tinie..buah ati ko dah blik mesia..hihik..g cepat pikat dia kang melepas..ramai yg nak rembat tu..keh3

Tie Tinie said...

Kak Haniiiiiiiiiiiiiiii...
SUkeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
cayang akakkkkk...
My Hareez dah kembali...
tq kak... x sabar nak tunggu n3 baru...


Kak Dla..
yes..yes... my lovely Hareez dah balik.. windu hareez.... Jgn sesiapa berani2 nak rembat my HaReez ye...

hajar said...

ohh.. Hareezku telah kembali... woittt!!! TIE bukankah hareez itu milikku??

hanifazuha said...

Hah! Cik Hajar dah kluar, habis la tie, . Utk pengetahuan, hajar ni la yg bgi cadangan utk sambung HKC. .

[rania firdaus] said...

aduh... ramainya berebutkan hareez... sy nak join gak la... huhu...

Nur Najihah said...

akak , ni sambungan hati kala cinta ek ?
ouchh .. bestt nyee !!

aimie_afifah said...

Haniiiiiiiiiiiii.....
aduh sedih la plak dengan Hareez ni...rasa macam nak cari je some one yg lebih baik dr Lya utk dia...

Eppy Safri said...

sangatttttt sedey ngan hareez..
kak hani, klu leh sambungan ni uat hareez lak yg bahagia...
suker hareez :)